Utusan Borneo (Sabah)

Masyarakat Dayak jangan malu ceburi perniagaan

-

SIBU: Masyarakat Dayak digesa supaya menjadikan sektor perniagaan sebagai satu bentuk pekerjaan tetap.

Kaunselor Dali Merawing berkata, masyarakat itu juga mesti membuang persepsi ‘makan gaji’ serta terlalu berharap bekerja sama ada sektor awam atau swasta.

“Kalau dahulu jika kita berniaga sesuatu, pandangan orang mungkin kita menghadapi kesempitan hidup namun pada masa sekarang sektor perniagaan satu peluang ekonomi cukup tinggi untuk meningkatk­an pendapatan.

“Justeru, saya menggesa masyarakat Dayak khusus generasi baharu supaya jangan malu menceburka­n diri dalam apaapa bidang perniagaan difikirkan relevan memandangk­an masa kini peluang pekerjaan di sektor awam mahupun swasta sangat terhad,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurn­akan Majlis Ngiling Bidai anjuran penjaja Rumah Asap (premis barbeku) Sibu Jaya di sini, baru-baru ini.

Hadir sama ialah Pengerusi Penjaja Rumah Asap Sibu Jaya Wilson Maling.

Dali mahu setiap perniagaan dijalankan hendaklah diusahakan serius dan bersungguh-sungguh.

Menurutnya, bukan mudah untuk menjalanka­n perniagaan tetapi mesti ada kesungguha­n untuk berjaya.

“Kalau bangsa lain boleh berjaya kenapa pula bangsa Dayak tidak boleh berjaya dalam perniagaan.

“Apa yang penting buangkan jauh sikap malu dalam mencari rezeki halal seperti perniagaan ini (makanan barbeku).

“Tiada istilah malu dalam sektor perniagaan jika anda mahu berjaya serta menjadikan sektor itu sebagai periuk nasi anda,” tambahnya lagi.

Sementara itu, Wilson ketika bercakap kepada pemberita memberitah­u bahawa kawasan premis perniagaan Rumah Asap Sibu Jaya masih memerlukan kemudahan asas.

Antaranya, menurut beliau ialah tandas awam bagi kegunaan pengunjung di situ.

Jelasnya, pihaknya memohon pihak Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) untuk menyediaka­n premis kami dengan tandas awam.

“Kami tidak mahu ada diantara pengunjung membuang air kecil sebarangan sekali gus menjijikan persekitar­an tempat kami berniaga ini.

“Tandas sedia ada adalah di kawasan Tamu Iban dimana ia terletak agak jauh dari premis kami ini,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Dali yang merupakan ahli MDLBS turut memberi respons untuk membawa perkara tersebut kepada pihak majlis untuk dibincangk­an kelak.

 ??  ?? WILSON (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Kaunselor Dali (tengah) selepas menyempurn­akan Majlis Ngiling Bidai Rumah Asap Sibu Jaya, baru-baru ini.
WILSON (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Kaunselor Dali (tengah) selepas menyempurn­akan Majlis Ngiling Bidai Rumah Asap Sibu Jaya, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia