Utusan Borneo (Sabah)

Kaji bantuan bersesuaia­n program keusahawan­an

-

MUKAH: Agensi kerajaan berkaitan bantuan e-Kasih digesa mengkaji keperluan serta bantuan bersesuaia­n dengan peserta dalam program keusahawan­an.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Datuk Fatimah Abdullah berkata, bantuan diberi perlu relevan perniagaan diusahakan.

“Jika peserta terlibat dalam perniagaan pembuatan kuih misalnya, tentulah mesin berkaitan pembuatan kuih dan juga peralatan bersesuaia­n dengannya,” katanya.

Beliau herkata demikian pada Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri bertempat di Balai Raya Kampung Balan, Dalat petang Rabu.

Ini katanya bagi memastikan bantuan diberikan serta dimanfaatk­an sepenuhnya oleh para peserta bagi meningkatk­an taraf ekonomi mereka.

Perkara tersebut juga kata beliau mungkin memerlukan pegawai agensi berkaitan membut pemerhatia­n serta pemantauan terlebih dahulu sebelum bantuan bertepatan disalurkan.

Sementara itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga katanya turut mempunyai satu program bantuan dinamakan Proogram Usahawan Mikro yang melibatkan penerima bantuan bulanan untuk berdikari.

“Pihak JKM akan pantau dalam beberapa bulan pendapatan sehingga mereka dapat menjana pendapatan tetap sendiri,” jelasnya.

Pada kebiasaann­ya, pendapatan mereka yang terlibat dalam program berkenaan yang melebihi RM1,000 dalam beberapa bulan akan digugurkan sebagai senarai penerima bantuan bulanan.

Mengenai bantuan bulanan JKM, setakat Mei 2017 seramai 56,805 penerima berdaftar melibatkan wang berjumlah RM79.4 juta telah disalurkan.

Sejambak Kasih Aidilfitri berkenaan melibatkan 150 penerima Daerah Dalat menerima wang bantuan RM100 serta hamper barangan keperluan asas benilai RM50.

Majlis sama turut menyaksika­n pemberian wang zakat peribadi oleh Fatimah kepada golongan asnaf yang memerlukan.

 ??  ?? FATIMAH (depan, empat, kanan) ketika menyerahka­n wang bantuan dan hamper kepada salah seorang penerima Sejambak Kasih Aidilfitri.
FATIMAH (depan, empat, kanan) ketika menyerahka­n wang bantuan dan hamper kepada salah seorang penerima Sejambak Kasih Aidilfitri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia