Utusan Borneo (Sabah)

PRU14: BN S’wak terima 80 peratus senarai calon Penilaian calon

bukan sahaja berdasarka­n kad laporan prestasi, tetapi juga maklumat semua agensi

-

“Ada yang sudah (menghantar senarai calon) tetapi ada juga yang belum ini kerana seperti yang sedia maklum ada kawasan yang masih mengekalka­n penyandang­nya. DATO SRI DR STEPHEN RUNDI UTOM Setiausaha Agung BN Sarawak

KUCHING: Barisan Nasional (BN) Sarawak telah menerima tidak kurang daripada 80 peratus senarai calon bagi Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU14) yang dijangka diadakan pada bila-bila masa.

Setiausaha Agungnya Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, 80 peratus berkenaan adalah daripada 31 kerusi Parlimen negeri di mana sebahagian daripadany­a sudah menghantar nama.

“Ada yang sudah (menghantar senarai calon) tetapi ada juga yang belum ini kerana seperti yang sedia maklum ada kawasan yang masih mengekalka­n penyandang­nya.

“Dari segi peratusan kita sudah menerima tidak kurang daripada 80 peratus senarai calon bagi BN. Bagi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mungkin ada muka baharu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa BN yang dihadiri Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg serta isteri Datin Amar Datuk Juma’ani Tuanku Bujang bertempat di DUN di sini, malam kelmarin.

Menurut Dr Rundi yang juga Setiausaha Agung PBB, penilaian calon-calon berkenaan bukan sahaja berdasarka­n kad laporan prestasi, tetapi juga berdasarka­n maklumat daripada semua agensi dan sebagainya.

“Kita mahu pilih yang boleh menang, kita perlu menang kerusi dan tiada pilihan,” tegasnya.

Ditanya mengenai penyandang sedia ada yang berhasrat untuk mengundur diri daripada bertanding pada PRU14, katanya, hanya Ahli Parlimen Punca Borneo Datuk Seri James Dawos Mamit berbuat demikian setakat ini kerana kesihatann­ya yang tidak mengizinka­n.

Beliau memberitah­u, Dawos sendiri telah mengesahka­n perkara berkenaan tetapi PBB sehingga kini belum memutuskan penggantin­ya nanti.

Dr Rundi berkata, BN Sarawak sentiasa bersiap sedia menghadapi PRU14 pada bilabila masa sahaja malahan ‘war room’ atau ‘bilik perang’ mereka sudah diaktifkan.

Selain Dawos, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas turut menyatakan hasrat tidak bertanding mempertaha­nkan kerusi Parlimen Betong.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah mengesahka­n tidak bertanding pada PRU Ke-14.

Uggah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Saban menjelaska­n, faktor utama beliau tidak bertanding kerana berdasarka­n persefaham­an di Sarawak tiada seorang pun yang berkhidmat sebagai Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

Sementara itu pada majlis berbuka puasa, menyaksika­n Abang Johari serta isteri turut menyampaik­an sumbangan kepada 40 anak yati daripada Pertubuhan Amal Kebajikan Nur Murni.

Hadir sama Uggah serta isteri Datin Amar Doreen Mayang, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian dan Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Rosey Yunus.

 ??  ?? ABANG Johari menyaksika­n Juma’ani menyampaik­an sumbangan kepada anak-anak yatim pada Majlis Berbuka Puasa BN, malam kelmarin. Turut kelihatan Dr Sim (dua kiri), Uggah (tiga kiri), Doreen (dua kanan) dan Rosey (kanan).
ABANG Johari menyaksika­n Juma’ani menyampaik­an sumbangan kepada anak-anak yatim pada Majlis Berbuka Puasa BN, malam kelmarin. Turut kelihatan Dr Sim (dua kiri), Uggah (tiga kiri), Doreen (dua kanan) dan Rosey (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia