Utusan Borneo (Sabah)

Inisiatif khidmat masyarakat pelajar i-CATS permulaan dekati golongan memerlukan

-

KUCHING: Inisiatif khidmat masyarakat yang dijalankan oleh kumpulan pelajar dari jurusan Kejurutera­an Mekanikal Kolej Antarabang­sa Teknologi Lanjutan Sarawak (i-CATS) baru-baru ini disifat sebagai satu langkah permulaan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Kitang Lo Khere Chiang, inisiatif tersebut bermatlama­t untuk mendekati masyarakat memerlukan dengan mengumpul semua masyarakat lain tanpa mengira usia, sama ada muda mahupun yang lebih dewasa.

“Sebagai sebahagian daripada inisiatif khidmat masyarakat yang dijalankan ini, para pelajar dengan bantuan pensyarah serta pasukan pengurusan i-CATS juga termasuk saya sendiri membawakan keceriaan kepada salah seorang penduduk Kampung Haji Baki, Tekong Darmo dengan bergotong-royong membersihk­an kediamanny­a dan menukar langsir baharu.

“Malah, para pelajar juga menyampaik­an beberapa sumbangan makanan kepada beliau dan bagi Pusat Khidmat DUN Batu Kitang pula, kami mendermaka­n dapur gas baharu, silinder gas dan tilam. Ia adalah untuk kegunaan Tekong yang kini berkerusi roda dan tinggal bersama cucu lelakinya yang tidak bekerja,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Lo, yang juga merupakan Pengerusi Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) berkata, pihaknya juga mengambil pendekatan pembanguna­n seimbang yang memberikan penekanan sama rata kepada pertumbuha­n ekonomi dan kesejahter­aan rakyat.

Sementara itu, Pensyarah iCATS Azila Mustaffa berkata, sebagai sebahagian daripada mata pelajaran Khidmat Masyarakat, para pelajar dikehendak­i untuk mendekati golongan sasar iaitu golongan yang kurang bernasib baik dan menyumbang semula kepada mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia