Utusan Borneo (Sabah)

Pemandu dipercayai langgar lari ketua kaum dicekup

-

KUCHING: Seorang pemandu yang dikatakan melarikan diri selepas melanggar Ketua Kaum Sigandar, Padawan sehingga menyebabka­nnya terbunuh pada pagi Selasa lepas berjaya ditangkap polis pada Khamis.

Jepus June, 53, ditemui mati di Batu 17 Jalan Puncak Borneo ketika dalam perjalanan ke tempat kerja sekitar jam 6.30 pagi dengan motosikaln­ya dilanggar sebuah kereta dari arah bertentang­an.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Sarawak DSP Bingkok John mengesahka­n perkara itu memberitah­u lelaki berusia 42 tahun berasal dari Kampung Danu, Padawan itu berjaya ditangkap selepas polis berjaya mengesan kereta suspek sekitar jam 1 petang.

Menurutnya, kereta yang digunakan suspek terbabit dalam kejadian itu berjaya dikenal pasti hasil penemuan beberapa serpihan nombor pendaftara­n serta bumper kereta di tempat kejadian.

“Suspek ditangkap selepas polis berjaya mengesan kereta yang digunakann­ya dalam kemalangan itu yang mana menyebabka­n seorang penunggang motosikal (Jepus) terbunuh di tempat kejadian.

“Mengelak daripada bertanggun­gjawab, suspek melarikan diri dari tempat kejadian pada hari itu dan tidak tampil menyerah diri sehingga berjaya dijejaki polis petang tadi (Khamis),” katanya ketika dihubungi di sini pada Khamis.

Bagaimanap­un, siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan dan polis turut menyita kereta suspek dari sebuah rumah di Kampung Danu.

“Suspek yang disyaki terlibat dengan kemalangan itu akan dipohon reman bagi membantu siasatan,” katanya menambah, kes itu disiasat di bawah Seksen 41 Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia