Utusan Borneo (Sabah)

Nasib malang Bastia berterusan, diturunkan pula ke divisyen tiga

-

PARIS: Bastia diturunkan ke divisyen ketiga oleh badan pemantau kewangan bola sepak Perancis kelmarin, lebih sebulan selepas kelab itu disingkirk­an dari Ligue 1 setelah menamatkan musim lepas di tempat tercorot.

DNCG tidak memberi sebab bagi keputusan itu, tetapi Bastia mengeluark­an satu kenyataan ringkas yang menyebut ia adalah satu “penurunan sementara” dan mereka akan cuba menjual pemain untuk mengimbang­i akaun kelab sebelum pendengara­n seterusnya.

Musuh ketat tetangga Corsica, Ajaccio, yang menduduki tempat ke-11 dalam Ligue 2 pada musim lepas, turut diturunkan ke divisyen ketiga pada Rabu lepas. Mereka dijangka merayu keputusan itu.

Bastia sudah mengalami krisis demi krisis sejak mereka membuat kejutan pada 2015 apabila mereka mara ke perlawanan akhir Piala Liga.

Kepala penyerang Paris Saint-Germain, Lucas, dipukul dengan bendera oleh seorang penyokong Bastia pada Ogos lalu, manakala penyerang Nice dari Itali, Mario Balotelli, dilemparka­n dengan hinaan perkauman oleh penyokong Bastia dalam satu lagi perlawanan pada musim lepas.

Penjaga gol Lyon, Anthony Lopes, kemudian diserang sewaktu penonton menyerbu padang pada April lalu, dan Bastia mengaku kalah dalam perlawanan itu dan diarah untuk menutup stadium mereka bagi dua perlawanan.

Presiden kelab Pierre-Marie Geronimi turut berdepan dengan tuduhan setelah dia dituduh melangsaik­an hutang taruhan dengan menggunaka­n dana syarikat. – AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia