Utusan Borneo (Sabah)

Vinales, Rossi mahu sekat kemaraan Ducati

-

ASSEN: Bintang-bintang Yamaha, Maverick Vinales dan Valentino Rossi, akan cuba menyekat kemajuan mengejut pelumba Ducati, Andrea Dovizioso, di Grand Prix Belanda esok (Ahad) dan melupakan kesengsara­an di Barcelona.

Vinales kekal di tempat teratas dalam kedudukan kejuaraan dunia, di mana dia sudah berada sejak awal musim.

Bagaimanap­un, kelebihann­ya sudah dikurangka­n kepada hanya tujuh mata sahaja oleh Dovizioso selepas pelumba Itali itu mencatatka­n dua kemenangan berturut-turut di Itali dan dalam perlumbaan Catalunya pada kali terakhir.

Vinales hanya menduduki tempat ke-10 yang buruk di Sepanyol, dua tempat di belakang Rossi.

Pelumba Sepanyol itu sudah menang dua kali di Assen dalam kelas sokongan tetapi perlumbaan­nya dalam MotoGP bersama Suzuki pada 2016 berakhir dengan tempat kesembilan pada petang yang dilanda hujan.

“Selepas perlumbaan yang sukar di Catalunya, kami tiba di Assen dengan motivasi tambahan kerana kami amat perlu berada di atas podium dan mengutip sebanyak mungkin mata,” kata Vinales yang mencatatka­n kemenangan di Qatar, Argentina dan Perancis pada musim ini.

“Kami tidak mampu untuk bergelut dalam perlumbaan seterusnya, jadi yang pasti kami akan memberi 100 peratus.”

Rossi, juara dunia sebanyak sembilan kali, mendahului kejuaraan seketika setelah tiga kali berturut-turut menaiki podium di Qatar, Argentina dan Amerika Syarikat.

Namun pelumba veteran dari Itali itu sudah ketinggala­n di belakang pendahulu dan kini menduduki tempat kelima dalam kedudukan, 28 mata di belakang Vinales.

Rossi mempunyai tujuh kemenangan dalam MotoGP di litar Assen yang sudah menganjurk­an pusingan kejohanan dunia setiap kali sejak 1949.

“Saya harap untuk berdaya saing di Assen kerana saya mahu menjadikan­nya perlumbaan yang bagus,” kata Rossi.

Dovizioso mempamerka­n prestasi yang cemerlang dan bermula di petak pertama di Belanda pada 2016 sebelum hujan merosakkan usahanya.

“Selepas dua kemenangan berturut-turut di Itali dan Sepanyol, ia adalah minggu yang hebat bagi saya,” kata pelumba Itali itu.

“Walaupun saya menduduki tempat kedua keseluruha­n, saya tidak terlalu memikirkan tentang kejohanan kerana masih ada banyak lagi perlumbaan dan kami mesti terus berusaha untuk memperbaik­i beberapa aspek pada motosikal kami.

“Ia adalah benar bahawa kami telah mendominas­i dua GP terakhir tetapi ini adalah perlumbaan yang aneh, khususnya di Barcelona. Walau apa pun, saya agak relaks mengenai segalanya dan juga di Assen, saya akan cuba mendapatka­n keputusan yang sebaik mungkin.”

Penunggang Honda, Marc Marquez, juara dunia bertahan, dan Dani Pedrosa masing-masing menduduki tempat ketiga dan keempat dalam kedudukan carta, 23 dan 27 mata di bawah Vinales.

Dengan Rossi di tempat kelima, ia adalah persaingan paling sengit dalam kelompok lima teratas, selepas tujuh perlumbaan, sejak sistem mata sekarang diperkenal­kan pada 1993. – AFP

 ??  ?? GAMBAR fail bertarikh 11 Jun 2017 penunggang pasukan Repsol Honda yang menduduki tempat kedua Marc Marquez (kiri) meraikan kemenangan bersama Dovizioso yang menjuarai perlumbaan Moto GP di Grand prix Catalunya. - Gambar AFP
GAMBAR fail bertarikh 11 Jun 2017 penunggang pasukan Repsol Honda yang menduduki tempat kedua Marc Marquez (kiri) meraikan kemenangan bersama Dovizioso yang menjuarai perlumbaan Moto GP di Grand prix Catalunya. - Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia