Utusan Borneo (Sabah)

KKHS AD Asia A pasukan ketiga layak ke suku akhir

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: KKHS AD Asia A pasukan ketiga mara ke pusingan suku akhir selepas menang besar 10421 ke atas Quicksand pada saingan Kumpulan C Lelaki Kejohanan Bola Keranjang Remaja Bawah 15 Tahun Piala Spritzer di Dewan Luyang malam semalam.

Ia adalah kemenangan ketiga berturut-turut KKHS AD Asia A untuk mengumpul enam mata dan mendahului carta liga Kumpulan C yang membabitka­n persaingan lima pasukan.

Bersaing merebut baki satu tempat ke suku akhir dari kumpulan itu adalah pasukan KIS yang telah mengumpul lima mata, Skywolf (3), Nightmare (2) dan Quicksand (2).

Dua pasukan yang telah mengesahka­n tempat ke suku akhir lebih awal adalah KKHS AD Asia B dan Tshung Tsin Yellow yang mewakili Kumpulan A.

Persaingan merebut dua tempat dalam Kumpulan B pula masih terbuka kepada semua lima pasukan dalam kumpulan itu iaitu Tshung Tsin Red yang telah mengumpul empat mata, Ravens (4), Rising Star (2), SYR (1) dan Kian Kok IWorld (1).

Kedudukan itu bagaimanap­un belum mengambilk kira keputusan dua perlawanan yang berlangsun­g lewat semalam iaitu Ravens menentang Kian Kok I-World dan SYR menentang Rising Star.

Sambil itu, Tshung Tsin A terus mengukuhka­n kedudukan selaku pencabar gelaran juara selepas menang 77-30 ke atas Vui Kie pada persaingan bahagian wanita kelmarin.

Perlawanan menyaksika­n Tshung Tsin A menang semua empat suku permainan, 19-4, 26-8, 19-14 dan 13-14.

Ia adalah kemenangan kedua berturut-turut Tshung Tsin A untuk berada di kedudukan kedua dan memberi tekanan kepada pendahulu, KKHS ADA sia Adi tangga teratas.

Dua pasukan teratas itu masing-masing mengumpul empat mata selepas dua perlawanan dan hanya dijarakkan oleh perbezaan jaringan.

Turut bersaing adalah pasukan Damalee Fitness yang telah mengumpul dua mata, Vui Kie (2), Kian Kok IWorld (1) Tshung Tsin B (1) dan KKHS AD Asia B (1).

Kejohanan yang telah berlangsun­g sejak 17 Jun lalu itu akan diteruskan dengan lima perlawanan bermula jam 12.00 tengah hari ini.

Perlawanan hari ini dimulai dengan dua perlawanan bahagian wanita iaitu KKHS AD Asia A menentang Damalee dan Tshung Tsin A menentang KKHS AD Asia B diikuti perlawanan antara Kian Kok B dan Steady (lelaki Kumpulan A), KKHS Ad Asia A menentang Skywolf (lelaki Kumpulan C) dan Kian Kok I-World menentang SYR (lelaki Kumpulan B).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia