Utusan Borneo (Sabah)

Tiga telemovie khas Malam Raya di TV1, TV2 & TVi

Tiga tema berbeza hiburkan penonton

-

RANGKAIAN Radio Televisyen Malaysia (RTM) memberi pilihan kepada penonton setia salurannya menonton tiga telemovie menarik mengangkat tema berbeza yang disiarkan malam raya ini menerusi TV1, TV2 dan TVi.

TV1 memilih menghiburk­an penonton dengan tayangan telemovie komedi bertajuk ‘Dengan Beetle Kami Beraya’, jam 12.30 tengah malam. Kongsikan kisah lucu dan mencuit hati menggandin­gkan pelakon utama Ajak Shiro, Sharifah Sakinah, Normah Damanhuri, Farzana Latiff dan adik Adam.

Kisahnya berkembang dengan watak Salman sudah dua tahun tidak pulang beraya di kampungnya kerana kerja.

Tok Wan, ibu kepada Salman, merajuk dengan anaknya sekeluarga jika tidak dapat pulang beraya di rumahnya pada tahun ini.

Salman memujuk isterinya Munirah untuk pulang ke kampungnya. Walaupun Munirah tidak bersetuju tetapi akhirnya akur setelah mendengar rayuan Tok Wan. Salman sekeluarga merancang untuk pulang.

Baru nak keluar rumah kereta mereka menghadapi masalah. Oleh kerana malam raya, tiada satu mekanik pun mahu membantu Salman sekeluarga dan memaksa Salman untuk menggunaka­n kereta lamanya Beetle.

Munirah ternyata tidak setuju. Pelbagai masalah yang mereka hadapi di sepanjang perjalanan pulang terutamany­a di setiap hentian rehat dan rawat. Walaupun kereta Beetle Salman kelihatan uzur tetapi masih bertahan untuk perjalanan yang jauh. Dengan meredah pelbagai rintangan sepanjang malam adakah mereka berjaya pulang ke kampung dengan selamat? Mampukah raya kali ini diraikan mereka dengan meriah?

Penonton TV2 pula usah ketinggala­n meluangkan masa menyaksika­n telemovie bertajuk ‘Sana Aidil Sini Fitri’, jam 10.00 malam yang menampilka­n lakonan mantap Haleeda Mazlin, Ozlynn Wati, Rashid Jaafar, Anne Abdullah dan Taufik Hanafi.

Ikuti kisah Azhar yang telah di berhentika­n kerja tetapi telah di beri peluang oleh En Zamzuri, seorang usahawan berjaya. Bimbingan oleh En Zamzuri akhirnya menjadikan Azhar seorang usahawan air mineral yang berjaya.

Dulu Azhar tidak di endahkan kerana miskin tetapi sekarang semua orang berebut mendapatka­n perhatian Azhar. Malang bagi Azhar apabila Shamsul telah melarikan duit syarikat. Jatuh Azhar tidak lama setelah Shamsul ditangkap polis tiga hari sebelum Aidil Fitri. Baru lah Azhar sedar betapa hati manusia boleh berubah dalam masa yang singkat.

Sementara itu bergelak ketawa dengan telemovie komedi ‘Kecoh-Kecoh Raya’ disiarkan jam 9.00 malam menerusi saluran TVi.

Telemovie lakonan Nadiya Nisaa di samping Fizz Fairuz, Jasmin Hamid, Rusdi Ramli, Faezah Elai dan Nasir Bilal Khan ini berkongsi kisah Sham yang tidak dikurniaka­n anak setelah 7 tahun mendirikan rumahtangg­a.

Satu hari bapanya mengaturka­n perkahwina­n dengan seorang gadis kampung bernama Murni, rancangan Sham hendak kahwin satu lagi bocor dan berlaku pergaduhan besar di pagi raya.

 ??  ??
 ??  ?? TURUT BERLAKON: Ozlynn Wati dan Taufiq Hanafi dalam telemovie ‘Sana Aidil Sini Fitri’.
TURUT BERLAKON: Ozlynn Wati dan Taufiq Hanafi dalam telemovie ‘Sana Aidil Sini Fitri’.
 ??  ?? MENARIK: Telemovie‘Dengan Beetle Kami Beraya’lakonan Ajak Shiro dan Sharifah Sakinah di TV1 pada malam Raya.
MENARIK: Telemovie‘Dengan Beetle Kami Beraya’lakonan Ajak Shiro dan Sharifah Sakinah di TV1 pada malam Raya.
 ??  ?? WATAK UTAMA: Nadiya Nisaa pelakon utama ‘Kecoh-Kecoh Raya’ di TVi.
WATAK UTAMA: Nadiya Nisaa pelakon utama ‘Kecoh-Kecoh Raya’ di TVi.
 ??  ?? MALAM RAYA: Babak dalam telemovie ‘Sana Aidil Sini Fitri’ di TV2.
MALAM RAYA: Babak dalam telemovie ‘Sana Aidil Sini Fitri’ di TV2.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia