Utusan Borneo (Sabah)

Gantung: Guru swasta didapati bersalah mengedar dadah

Guru swasta didapati bersalah mengedar dadah

-

KOTAKINABA­LU:Seorang guru swasta menerima nasibnya dengan tenang apabila dikenakan gantung mandatori, oleh Mahkamah Tinggi di sini kelmarin, atas kesalahan mengedar dadah.

Hakim Datuk Nurchaya Hj Arshad menjatuhka­n hukuman itu terhadap Suhailah Abdullah, 43, yang mana kelmarin untuk keputusan kes selepas perbicaraa­n penuh.

Penghakima­n itu dilakukan, apabila mahkamah berpuas hatibahawa­pihakpenda­kwaan berjaya membuktika­n kes melampaui keraguan di luar munasabah.

Tertuduh disabitkan dengan kesalahan mengedar dadah seberat 959.5 gram, yang mana didakwa mengikut Seksyen 39 B (1) (a) akta sama.

Kesalahan itu dilakukan pada27Mei2­013jam11.15pagi di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK), di sini.

Sebelum ini, tertuduh yang diwakili peguam Dato’ Rakhbir Singh terlepas daripada hukuman gantung mandatori, apabila mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktika­n kes prima facie kes.

Pada 17 Mac 2015, tertuduh dikenakan penjara 14 tahun selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki dadah dan disabitkan mengikut Seksyen 39 A(1) (r) akta sama, yang dibaca bersama Seksyen 12 (2) akta sama.

Sementara itu, seorang lagi lelaki menerima nasib yang sama selepas didapati bersalah mengedar dadah seberat 1,402 gram.

Mahkamah menjatuhka­n hukuman itu terhadap Koh Kang Yau, 27, yang kelihatan tenang ketika keputusan dibacakan kepadanya.

Tertuduh melakukan kesalahan itu pada 6 Mac 2015 jam 11.15 pagi, di Balai Ketibaan Terminal 1, LTAKK, di sini.

Koh yang diwakili peguam Ram Singh diperintah­kan membela dirinya atas pertuduhan itu pada 6 Mac tahun ini, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktika­n kes prima facie terhadapny­a.

Dalam pada itu, tertuduh memilih untuk memberikan keterangan bersumpah di dalam kandang saksi.

Timbalan Pendakwara­ya Gan Peng Kun bertindak untuk pendakwaan.

 ??  ?? SUHAILAH menutup wajahnya ketika keluar dari kamar mahkamah, Rakhbir (kanan).
SUHAILAH menutup wajahnya ketika keluar dari kamar mahkamah, Rakhbir (kanan).
 ??  ?? RAM memegang bahu Koh (duduk) untuk menenangka­n anak guamnya yang menangis, selepas keluar dari kamar mahkamah.
RAM memegang bahu Koh (duduk) untuk menenangka­n anak guamnya yang menangis, selepas keluar dari kamar mahkamah.
 ??  ?? Oleh CLARICE USOP
Oleh CLARICE USOP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia