Utusan Borneo (Sabah)

PBT diminta bantu peniaga khususnya golongan belia

Khususnya golongan belia ingin ceburi dunia perniagaan

-

TUARAN: Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini diminta supaya mengambil langkah segera membantu golongan belia yang ingin mencebur diri dalam dunia perniagaan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Hj Hajiji Hj Noor menambah bahawa jenis bantuan yang boleh diberi oleh PBT adalah seperti menyediaka­n tapak untuk golongan muda yang ingin meniaga.

“Saya pasti semua kawasan PBT mempunyai kawasan lapang. Gunakan itu sebagai tapak untuk belia meniaga, seperti gerai-gerai mahupun tempat letak kereta ‘food truck’ yang kini kian digemari golongan muda,” katanya.

Hajii yang juga menteri bertanggun­gjawan keatas PBT Sabah menegaskan bahawa arahan beliau adalah sejajar dengan hasrat Ketua Menteri Datuk Seri Musa Hj Aman.

Semasa mempengeru­sikan Mesyuarat Kabinet Negeri di Kota Kinabalu pada Khamis, Musa menjelaska­n bahawa langkah PBT itu kelak adalah selaras dengan permintaan golongan muda supaya diberi ruang untuk berniaga secara kecil-kecilan di mana mereka tidak mampu membayar sewa kedai yang mahal.

“Langkah untuk membantu belia ini adalah sejajar dengan matlamat dasar TN50 yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak,” Hajiji memetik Musa sebagai berkata.

Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sulaman berkata demikian di majlis berbuka puasa anjuran Majlis Daerah Tuaran di Dewan Seri Sulaman, di sini pada Khamis.

Setiausaha Tetap Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Ginun Yangus dan Pegawai-pegawai Eksekutif PBT dari merata Sabah hadir di majlis itu.

Turut hadir ialah Pegawai Daerah merangkap Pengerusi Majlis Daerah Tuaran (MDT) AM Ibnu AK Baba dan Pegawai Eksekutif MDT Sadan Hj Hussain.

Di majlis itu, Hajiji juga menyampaik­an sijil-sijil kepada beberapa premis perniagaan termasuk kedai kopi, cafe dan restoran dari sekitar daerah Tuaran yang memenangi sijil kebersihan ‘Gred A’.

Mereka ialah Brotherhoo­d Cafe, Ambee’s Little Cafe, Restoran Seri Mariana, Restoran Kheng Fook Hing (Tamparuli), Restoran A & A, Restoran Silaturrah­aim, Restoran Junaidah & Katering, dan Restoran Surabaya.

Manakala Medan Selera Tuaran telah memenangi Anugerah Medan Selera Bersih, Selamat dan Sihat Peringkat Negeri dan akan mewakili Sabah ke peringkat kebangsaan.

Senarai Premis Makanan Medan Selera Tuaran yang mendapat pengiktira­fan Bersih, Selamat dan Sihat (BeSS) ialah Monalisa Cafe, Gerai Farrah Catering, Cili Padi Borneo & Catering, D’Rasa Cafe & Catering, Arifah Catering & Restaurant, Fatimah Corner Catering dan Paridah Catering.

Di majlis itu, Hajiji juga menyampaik­an bantuan sempena bulan Ramadan Al-Mubarak. Para penerima terdiri dari anak-anak yatim, orang kurang upaya (OKU), saudara baharu dan ibu tunggal.

Pegawai Kesihatan Kawasan Tuaran Dr Muhammad Hj Jikal, CEO Landmark Property Dr Gordon Loke dan saudagar terkemuka Tuaran Datuk Peter Chong turut hadir.

Sayapastis­emuakawasa­nPBTmempun­yai kawasan lapang. Gunakan itu sebagai tapak untuk belia meniaga, seperti gerai-gerai mahupun tempat letak kereta ‘food truck’ yang kini kian digemari golongan muda DATUK SERI HJ HAJIJI HJ NOOR Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah

 ??  ?? PEMILIK Monalisa Cafe, Lisa Chong menerima sijil dari Hajiji diperhatik­an oleh (dari kiri) Dr Gordon, Ginundan Ibnu.
PEMILIK Monalisa Cafe, Lisa Chong menerima sijil dari Hajiji diperhatik­an oleh (dari kiri) Dr Gordon, Ginundan Ibnu.
 ??  ?? PEMILIK Brotherhoo­d Cafe Alvin Kong menerima sijil dari Hajiji, diperhatik­an oleh (dari kiri) Dr Gordon, Ginun dan Ibnu.
PEMILIK Brotherhoo­d Cafe Alvin Kong menerima sijil dari Hajiji, diperhatik­an oleh (dari kiri) Dr Gordon, Ginun dan Ibnu.
 ??  ?? PEMILIK Restoran Kheng Fook Hing Alex Tan menerima sijil dari Hajiji, diperhatik­an oleh (dari kiri) Dr Gorodn, Ginun dan Ibnu.
PEMILIK Restoran Kheng Fook Hing Alex Tan menerima sijil dari Hajiji, diperhatik­an oleh (dari kiri) Dr Gorodn, Ginun dan Ibnu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia