Utusan Borneo (Sabah)

Umno Keningau laksana program Membara sepanjang Ramadan

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Umno Bahagian Keningau bersama-sama dengan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri telah melaksanak­an program Membara sepanjang bulanRamad­andikawasa­nLiawan, Bingkor dan juga Tambunan.

Semasa program dijalankan pemimpin-pemimpin Umno bahagian ini turut menyampaik­an sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik terdiri fakir miskin, asnaf, ibu tunggal, orang kurang upaya dan warga emas.

Pada masa yang sama, mereka bersama-sama umat Islam berbuka puasa, bersembahy­ang jemaah Maghrib, Isya dan juga Tarawih di masjid-masjid dan surau-surau yang dilawati.

Sepanjang program itu masingmasi­ng diketuai oleh Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan dan Ketua Umno Bahagian Datuk Haji Sairin Karno, Timbalan Ketua Umno Bahagian Datuk Annuar Ayub, Ketua Wanita Umno Bahagian Hajah Amelia Ajun dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Nik Nazri Nik Zawawi dan Ketua Puteri Umno Bahagian Hajah Salbiah Suhaideh.

Nik Nazri bersama Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguaa­n (KPDNKK) cawangan Keningau telah menyampaik­an sumbangan kepada 40 penerima di Kampung (Kg) Padang Tembak, di sini kelmarin.

Sumbangan masing-masing disampaika­n oleh Nik Nazri dan Ketua Cawangan KPDNKK Keningau Gunasegara­n A/L Krishnan.

Sairin bersama isterinya, Datin Bibi Farizan Amjad telah menyampaik­an sumbangan kepada beberapa golongan kurang bernasib baik di Kg. Banjar, Kg. Kauran, Kg. Kadalakan, Kg. Pamalan, Kg. Apin-Apin dan Kg. Bariawa.

Amelia bersama Ahli Jawatankua­sanya telah menyampaik­an sumbangan kepada beberapa penduduk di Kg. Tudan Baru, di sini.

Sementera Annuar telah melakukan lawatan ke Rumah Anak Yatim (RAY) Tambunan dan menyampaik­an sumbangan kepada penghuni-penghuni rumah berkenaan.

Salbiah telah menyampaik­an sumbangan melalui Ihya Ramadan di Masjid Ukhuwah Apin-Apin Keningau.

Sumbangan-sumbangan yang diberikan kepada para penerima adalah berupa beras, kain, sejadah dan wang raya.

 ??  ?? GUNASEGARA­N menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penduduk di Kg. Padang Tembak Keningau. Turut kelihatan Nik Nazri (kiri).
GUNASEGARA­N menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penduduk di Kg. Padang Tembak Keningau. Turut kelihatan Nik Nazri (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia