Utusan Borneo (Sabah)

Curi alat pengubah tenaga elektrik, lelaki kena penjara dan denda

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dikenakan penjara 30 bulan dan denda RM2,500, oleh Mahkamah Majistret di sini kelmarin atas kesalahan mencuri alat pengubah kekuatan tenaga elektrik.

Majistret Jessica Ombou Kakayun menjatuhka­n hukuman itu terhadap Izzat Walig selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Tertuduh melakukan kesalahan itu di sebuah hotel di sini, pada 17 Jun tahun ini jam 3.30 petang.

Hukuman yang diperuntuk­kan sekiranya disabitkan bersalah, penjara sehingga tempoh tujuh tahun atau denda, atau dengan keduaduany­a sekali.

Dalam pada itu, sekiranya tertuduhga­galmembaya­rdenda berkenaan, penjara selama enam bulan dilanjutka­n.

Sementara itu, seorang lagi lelaki didenda sebanyak RM2,500 atau penjara enam bulan atas kesalahan mengedar kad pemberi pinjam wang tanpa lesen.

Hukuman itu dikenakan terhadap Lau Kwong Ming selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 29 AA Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951.

Sabit kesalahan, boleh dikenakan penjara sehingga tempoh dua tahun atau denda maksimum RM20,000 atau dengan kedua-duanya sekali.

Tertuduh didapati melakukan kesalahan itu pada 17 Jun tahun ini di parkir kereta di Inanam Taipan, di sini.

Kedua-dua pendakwaan itu dikendalik­an oleh Pegawai Pendakwa Insp Suzie@ Stephanie Kupit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia