Utusan Borneo (Sabah)

Juadah tempatan jadi tarikan

Bazar Ramadan Kg. Lohan 1 Ranau beroperasi hingga Sabtu

-

MESKIPUN bulan Ramadan bakal berakhir esok (hari ini), namun bazar Ramadan Kampung (Kg) Lohan 1 Ranau masih beroperasi sehingga petang ini untuk ruang penjaja bersedia dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka akan disambut esok (25 Jun).

“Esok (hari ini) adalah pengakhira­n Ramadan, kami masih meneruskan penjualan pelbagai produk makanan dan minuman halal sehingga petang sebelum bersedia dengan sambutan raya esok atau lusa,” jelas Norailin Abdullah 43, peniaga pelbagai kuih tradisi, rojak dan bubur ayam kampung yang berasal dari Kg. Lohan Skim Satu ketika ditemui, di sini kelmarin.

Sementara itu Norazizah Pedima, 60, juga dari Kg. Lohan Skim Satu merupakan peniaga rojak, nasi lemak dan bubur ayam menyifatka­n bazar Ramadan satu punca menjana pendapatan keluargany­a dengan menjual kuih -muih dan lauk-pauk kepada para pengunjung dengan harga berpatutan.

“Kita berterima kasih kepada Jawaankuas­a Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kam- pung (JKKK) kampung di sini, kerana berjaya menganjur dan menyediaka­n tapak bazar Ramadan setiap tahun dan memberi peluang kepada penduduk berniaga produk masing masing,” jelas Rikha Ruhimin salah seorang lagi peniaga, dari Kg. Lohan 1. Rikha adalah antara lebih 40 penjaja di tapak Bazar itu, juga turut menjual kuih kastad jagung, nasi linopot, nasi lemak dengan rakannya, Susilawati Maharin, 33, dari Kg. Lohan 1, Suria Arifin, 26, dan Supiah Sodomon, 57, dari Kg. Kinasaraba­n Lohan. Sementara itu dua pengunjung bazar yang sempat ditemui iaitu Haji Hassan Awang Tengah, 68, dari Kg. Skim Dua dan Cikgu Adzmin Saidin dari Kg. Skim Satu Lohan, masing-masing memuji keprihatin­an para peniaga kerana mengekalka­n tahap kebersihan tapak bazar dan makanan yang dimasak untuk dijual kepada orang ramai.

“Beginilah yang harus kita kekalkan bagi mengelak daripada keracunan makanan atau jangkitan penyakit yang mungkin disebabkan penjualan makanan atau minuman yang tercemar berikutan peniaga yang mengabaika­n kebersihan,” tegasnya.

Esok (hari ini) adalah pengakhira­n Ramadan, kami masih meneruskan penjualan pelbagai produk makanan dan minuman halal sehingga petang sebelum bersedia dengan sambutan raya esok atau lusa. NORAILIN ABDULLAH Peniaga bazar

 ??  ?? RIKHA (kanan) bersama adiknya memperliha­tkan tapai manis beras kampung ‘DIhatiku’, puding pulut merah dan minuman ABC berbagai perisa. KETUPAT pulut dengan rendang daging turut dijual di bazar Ramadan Kg. Lohan Ranau.
RIKHA (kanan) bersama adiknya memperliha­tkan tapai manis beras kampung ‘DIhatiku’, puding pulut merah dan minuman ABC berbagai perisa. KETUPAT pulut dengan rendang daging turut dijual di bazar Ramadan Kg. Lohan Ranau.
 ??  ?? NORALIN (tengah) bersama keluargany­a berniaga di bazar Lohan 1.
NORALIN (tengah) bersama keluargany­a berniaga di bazar Lohan 1.
 ??  ?? ADZMIN (kanan) merakam gambar bersama para penjaja bazar Ramadan Kg. Lohan Satu.
ADZMIN (kanan) merakam gambar bersama para penjaja bazar Ramadan Kg. Lohan Satu.
 ??  ?? SEBAHAGIAN penjaja (kiri) dan para pengunjung bazar Ramadan Kg. Lohan 1 Ranau.
SEBAHAGIAN penjaja (kiri) dan para pengunjung bazar Ramadan Kg. Lohan 1 Ranau.
 ??  ?? Oleh JAINUDIN NASIR
Oleh JAINUDIN NASIR
 ??  ?? HAJI Hassan (dua kanan) bersama isterinya membeli juadah di bazar itu.
HAJI Hassan (dua kanan) bersama isterinya membeli juadah di bazar itu.
 ??  ?? KUIH apam banyak dijual di bazar Ramadan Kg. Lohan 1.
KUIH apam banyak dijual di bazar Ramadan Kg. Lohan 1.
 ??  ?? KUIH popiah juga diminati ramai.
KUIH popiah juga diminati ramai.
 ??  ?? KUIH kuci beraroma pandan.
KUIH kuci beraroma pandan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia