Utusan Borneo (Sabah)

Meraikan asnaf dan anak yatim

Program Ihya Ramadan PPD Beluran berjaya capai matlamat

-

PEJABAT Pendidikan Daerah (PPD) Beluran berjaya meraikan 182 orang golongan asnaf dari sekolah-sekolah sekitar Pekan Beluran dalam Program Ihya Ramadan yang dianjurkan oleh Unit Pendidikan Islam dan Kelab Staf PPD Beluran.

Pegawai Pendidikan Daerah Beluran, Haji Soje Haji Abd. Hassan berkata program yang diadakan setiap tahun ini adalah bertujuan untuk meraikan golongan asnaf dari sekolahsek­olah sekitar Pekan Beluran dan golongan yang memerlukan bantuan dalam bulan ramadan.

“Program Ihya Ramadan ini menyasarka­n golongan asnaf dari sekolah-sekolah sekitar agar golongan ini tidak rasa terpinggir dalam meraikan keberkatan bulan Ramadan dan seterusnya menyambut Syawal yang bakal menjelang tiba,” katanya.

Menurut Soje, objektif utama program adalah untuk meningkatk­an sahsiah diri dikalangan staf PPD Beluran agar menjadi insan yang mulia, berbudi pekerti, berhemah dan cintakan ajaran Islam khususnya di dalam bulan Ramadan.

Tambahnya lagi, program ini dapat melahirkan rasa bersyukur dengan nikmat keselesaan hidup dan kesihatan di kalangan staf PPD Beluran serta turut sama bersimpati dengan cara memberi sumbangan untuk mereka yang kurang bernasib baik.

“Sumbangan yang terdiri daripada set kelengkapa­n dapur yang disumbangk­an oleh staf PPD Beluran ini disampaika­n dalam bentuk sedekah dan fidyah diberikan kepada penerima yang memerlukan agar dapat menambah lagi amalan dan ketaqwaan sepanjang bulan Ramadan,” katanya.

Bagi penyelaras program, Dsarjaman Amali Abd Azip, yang juga Ketua Unit Pendidikan Islam PPD Beluran menjelaska­n program itu melibatkan 182 penerima yang terdiri dari 10 sekolah rendah dan tiga sekolah menengah.

Selain itu sumbangan turut diberikan kepada anak-anak yatim di Rumah Anak-Anak Yatim Al Ehsan Beluran dan golongan asnaf di Surau Walidain Al Idrus Beluran.

“Terdapat kelainan pada tahun ini dimana pemberian sumbangan akan diserahkan kepada penerima melalui penyerahan melalui kenderaan pacuan 4 roda dimana setiap kumpulan staf PPD akan bergerak ke sekolah yang terlibat untuk menyampaik­an sumbangan.

“Penyerahan terus ke sekolah adalah bertujuan untuk memantapka­n dan menyemarak­kan ukhuwah islamiah dikalangan staf PPD Beluran dengan warga sekolah-sekolah yang terlibat agar nikmat persaudara­an itu dapat dieratkan lagi sepanjang bulan Ramadan ini,” katanya.

Selain itu, program ini juga dapat mewujudkan suasana keakraban dan menyemai kemesraan dikalangan staf PPD Beluran. Ia juga menimbulka­n keseronoka­n beramal ibadat dalam bulan Ramadan serta menyemarak­kan amalan secara jamaie serta seimbang dalam mengendali­kan urusan duniawi dan ukhurawi.

Mengulas mengenai program itu, pengerusi Kelab Staf PPD Beluran Suhaili Sabri berkata selain pembahagia­n sumbangan kepada golongan asnaf, terdapat beberapa aktiviti lagi telah dirancang dan dilaksanak­an sepanjang bulan Ramadan ini.

Menurutnya, aktiviti yang dirancang bagi memeriahka­n Program Ihya Ramadan antaranya ialah Program Ambang Ramadan, Program Tadarus Al Quran, Majlis Khatam Al Quran, Majlis Berbuka Puasa dan Solat Terawih Berjemaah.

“Program Tadarus Al Quran akan diadakan sepanjang bulan Ramadan yang mana setiap staf yang beragama islam akan membaca satu atau dua juzuk ayat Al Quran dan kemuncakny­a semua staf akan membaca Al Quran dalam satu Majlis Khatam Al-Quran pada hari ke-27 Ramadan,” katanya.

Tambahnya, semua staf memberi kerjasama dalam menjayakan program yang dirancang sepanjang bulan Ramadan ini dengan Haji Soje selaku Pegawai Pendidikan Daerah Beluran mengetuai program yang dirancang ini.

“Program ini jelas menunjukka­n keharmonia­n dan semangat ukhwah dikalangan staf PPD Beluran dengan staf yang bukan beragama Islam turut sama menjayakan program ini. Ini menjadikan program ini amat istimewa dengan semangat keharmonia­n diantara kaum dan agama dikalangan staf PPD Beluran,” katanya.

“Program I h ya Ramadan ini menyasarka­n golongan asnaf dari sekolah-sekolah sekitar agar golongan ini tidak rasa terpinggir dalam meraikan keberkatan bulan Ramadan dan seterusnya menyambut Syawal yang bakal menjelang tiba. HAJI SOJE HAJI ABD. HASSAN Pegawai Pendidikan Daerah Beluran

 ??  ?? STAF PPD Beluran bersama Pegawai Pendidikan Daerah Soje Abd Hassan (duduk tengah) semasa kemuncak Program Ihya Ramadan.
STAF PPD Beluran bersama Pegawai Pendidikan Daerah Soje Abd Hassan (duduk tengah) semasa kemuncak Program Ihya Ramadan.
 ??  ?? SOJE menyampaik­an sumbangan sedekah dari PPD Beluran kepada salah seorang penerima dari Rumah Anak-Anak Yatim Al Ehsan (Rayaeb) Beluran.
SOJE menyampaik­an sumbangan sedekah dari PPD Beluran kepada salah seorang penerima dari Rumah Anak-Anak Yatim Al Ehsan (Rayaeb) Beluran.
 ??  ?? MOHAMMAD MALAN (tengah) Guru Besar SK Sungai Nangka menerima sumbangan sedekah dan menyampaik­an kepada murid yang menerimany­a.
MOHAMMAD MALAN (tengah) Guru Besar SK Sungai Nangka menerima sumbangan sedekah dan menyampaik­an kepada murid yang menerimany­a.
 ??  ?? SOJE menyampaik­an sumbangan sedekah kepada pelajar SMK Beluran 2 ketika majlis penyerahan dibuat di PPD Beluran.
SOJE menyampaik­an sumbangan sedekah kepada pelajar SMK Beluran 2 ketika majlis penyerahan dibuat di PPD Beluran.
 ??  ?? SOJE (duduk empat dari kiri) dan staf PPD Beluran bersama penghuni rumah anak yatim semasa kunjungan Program Ihya Ramadan PPD Beluran.
SOJE (duduk empat dari kiri) dan staf PPD Beluran bersama penghuni rumah anak yatim semasa kunjungan Program Ihya Ramadan PPD Beluran.
 ??  ?? HAJI ISMAIL melafazkan niat fidyah kepada penerima yang berada di Surau Walidain Al Idrus Beluran.
HAJI ISMAIL melafazkan niat fidyah kepada penerima yang berada di Surau Walidain Al Idrus Beluran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia