Utusan Borneo (Sabah)

Penutupan Ihya Ramadan IPG Kampus Tawau

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Majlis Khatam Al-Quran dan Penutupan Program Ihya Ramadan Peringkat Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tawau, selesai berlangsun­g di Masjid An Nur, di sini, Rabu lalu.

Program berslogank­an Siswa Pendidik Pemangkin Transforma­si Ummah itu adalah anjuran Jawatankua­sa Perwakilan Pelajar 2017/ 2018, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Persatuan Guru Pelatih Islam dan Jawatankua­sa An Nur IPG Kampus Tawau.

Pada majlis itu, seramai 19 pelajar lelaki IPG Tawau mengambil bahagian dan dipimpin oleh salah seorang pensyarah di institusi berkenaan, Mazania Kasimin.

Pengarah IPG Tawau Mohd Zain Badui berharap program sedemikian diteruskan lagi penganjura­nnya pada masa hadapan sekaligus menjadi saham akhirat.

“Program ini mampu meningkatk­an penghayata­n mengenai bulan Ramadan warga siswa pendidik dan mengeratka­n silaturrah­im menerusi aktiviti yang dijalankan.

“Tahniah kerana perjalanan program berjalan dengan jayanya melibatkan sumbangan pensyarah, pelajar dan masyarakat luar yang membantu kelancaran program,” katanya.

Timbalan Pengarah IPG Tawau Dr Najamuddin Bachora pula menyifatka­n majlis itu dapat mencungkil bakat bakal pendidik melalui penyertaan mereka di dalam semua pertanding­an yang dianjurkan.

“Pada masa sama, menjadi nilai tambah sebagai seorang guru yang memiliki pelbagai kebolehan apabila ditempatka­n di sekolahsek­olah di seluruh negara kelak,” katanya.

Antara pengisian program, memasak juadah berbuka puasa setiap hari, pertanding­an hafazan, khat dan azan, kuiz Ramadan, qiamullail dan sahur perdana, tadarus al-Quran dan khatam al-Quran.

Program Sebarkan Cinta yang diadakan pula melibatkan penyertaan pelajar IPG Tawau dalam mengagihka­n makanan kepada orang awam di sekitar Bandar Tawau.

 ??  ?? MOHD Zain menyerahka­n cenderamat­a kepada salah seorang pelajar yang menyertai Majlis Khatam Al-Quran.
MOHD Zain menyerahka­n cenderamat­a kepada salah seorang pelajar yang menyertai Majlis Khatam Al-Quran.
 ??  ?? SERAMAI 19 pelajar lelaki IPG Tawau mengambil bahagian dalam Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan.
SERAMAI 19 pelajar lelaki IPG Tawau mengambil bahagian dalam Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia