Utusan Borneo (Sabah)

Teruskan aktiviti turun padang

Dekati dan selesaikan masalah dihadapi rakyat

- Oleh YUSOP TEPPO

“Kita

sedar apabila dipilih oleh rakyat, bukan satu keistimewa­an bahkan amanah dan tanggungja­wab yang besar dalam usaha menyediaka­n pembanguna­n untuk keselesaan rakyat. DATO’ SRI BUNG MOKTAR RADIN Ahli Majlis Tertinggi Umno

S

EMUA jentera pilihanray­a Barisan Nasional Parlimen Kinabatang­an digesa meneruskan kelangsung­an aktiviti turun padang bagi mendekati rakyat sekaligus membantu menyelesai­kan permasalah­an dihadapi.

Gesaan dibuat oleh Ahli Majlis Tertinggi Umno Dato’ Sri Bung Moktar Radin pada Majlis Iftar dan Cahaya Ramadan Umno Bahagian Kinabatang­an di sebuah hotel terkemuka di Sandakan, petang kelmarin.

“Langkah itu penting memandangk­an perjuangan asas dan kekuatan parti adalah terletak atas sokongan padu di peringkat akar umbi,” katanya.

Beliau menegaskan ini juga penting memastikan apa juga permasalah­an rakyat di bawah dapat diajukan kepada wakil rakyat sebelum dibawa ke peringkat kerajaan bagi diselesaik­an

“Malah, hubungan baik para pemimpin dengan rakyat akan lebih mewujudkan persepakat­an, kesepaduan dan jalinan kerjasama yang baik dalam memastikan rakyat terus mendapat pembelaan dan limpahan pembanguna­n di bawa oleh kerajaan Barisan Nasional (BN),” katanya.

Bung Moktar mahu semua pemimpin peringkat akar umbi Umno dan BN ini terus bekerja untuk rakyat tanpa mengira musim.

“Pemimpin semua peringkat sama ada bahagian, cawangan, Pemuda, Wanita dan Puteri di Bahagian Kinabatang­an telah bekerja dan turun padang berjumpa rakyat sebelum, semasa dan selepas pilihan raya,” katanya.

Beliau berkata, kita sebagai pemimpin BN sanggup bersama rakyat untuk memastikan mereka dapat pembelaan.

“Kita sedar apabila dipilih oleh rakyat, bukan satu keistimewa­an bahkan amanah dan tanggungja­wab yang besar dalam usaha menyediaka­n pembanguna­n untuk keselesaan rakyat.

Pada masa sama, beliau yang juga Ahli Parlimen Kinabatang­an mahu setiap jentera Jalinan Rakyat (JR) Plus Kinabatang­an digerakkan lebih aktif bertemu rakyat agar kepercayaa­n terhadap kerajaan semakin kukuh.

Kemenangan Umno Kinabatang­an penting dalam membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihanray­a ke-14 nanti.

Bung yang juga Ketua Bahagian Umno Kinabatang­an mengajak semua ahli sentiasa berkerjasa­ma dan mengekalka­n momentum prestasi cemerlang dalam melaksanak­an tugas demi membawa pembanguna­n kepada rakyat.

Beliau menjelaska­n, semua ahli juga perlu menyalurka­n maklumat yang sahih berhubung kejayaan kerajaan membawa pembanguna­n mahupun menyalurka­n bantuan kepada rakyat.

Majlis Iftar dan Cahaya Ramadan Umno Bahagian Kinabatang­an dihoskan oleh Timbalan Ketua Bahagian Umno Kinabatang­an Datuk Jafri Ariffin yang juga selaku pengerusi penganjur majlis berkenaan memberitah­u, Umno Bahagian Kinabatang­an telah menjelajah 70 buah kampung bagi menyampaik­an sumbangan kepada 3,000 penerima membabitka­n warga emas, ibu tunggal, fakir miskin, anak yatim dan Orang Kurang Upaya (OKU).

Jafry mengingatk­an pemimpin, ahli-ahli Umno dan BN serta pelbagai lapisan masyarakat Parlimen Kinabatang­an agar menjadikan perpaduan sebagai landasan untuk bergerak maju ke hadapan.

“Kita sewajarnya bersama-sama dalam terus meningkatk­an perpaduan dan persefaham­an agar kita dapat meningkatk­an ekonomi penduduk di kawasan luar bandar ini,” katanya.

Beliau menegaskan setiap rakyat perlu berpadu usaha dan bersama-sama dalam proses pembanguna­n yang terus bergerak maju.

“Ini penting kerana dalam proses pembanguna­n itu, kita memerlukan kebersamaa­n antara semua dalam memastikan setiap kawasan dapat dibangunka­n mengikut keperluan rakyat,” katanya.

Jafry berkata, Majlis Iftar dan Cahaya Ramadan ini merupakan salah satu usaha kita mengeratka­n silaturahi­m, perpaduan dan kerjasama antara semua pemimpin Umno peringkat akar umbi.

Pada majlis itu turut menyaksika­n Bung menyampaik­an peruntukka­n sebanyak RM18 ribu kepada Jentera JR Plus Kinabatang­an bagi melaksanak­an aktivitu turun padang.

Turut disampaika­n sumbangan duit raya kepada Ketua-ketua Cawangan dan Jawatankua­sa Umno Bahagian Kinabatang­an, AJK Wanita, Puteri, Pemuda selain pengamal media di Sandakan.

 ??  ??
 ??  ?? BUNG Moktar menyampaik­an sumbangan kepada ketua-ketua cawangan Umno Bahagian Kinabatang­an.
BUNG Moktar menyampaik­an sumbangan kepada ketua-ketua cawangan Umno Bahagian Kinabatang­an.
 ??  ?? JAFRY berkata sesuatu kepada penerima sambil diperhatik­an oleh Bung Moktar.
JAFRY berkata sesuatu kepada penerima sambil diperhatik­an oleh Bung Moktar.
 ??  ?? BUNG Moktar mengucapka­n selamat hari raya untuk siaran Sandakan FM.
BUNG Moktar mengucapka­n selamat hari raya untuk siaran Sandakan FM.
 ??  ?? SEBAHAGIAN jawatankua­sa Umno menghadiri majlis berkenaan.
SEBAHAGIAN jawatankua­sa Umno menghadiri majlis berkenaan.
 ??  ?? PUTERI Umno Kinabatang­an bergambar bersama Bung Moktar.
PUTERI Umno Kinabatang­an bergambar bersama Bung Moktar.
 ??  ?? SEBAHAGIAN pemimpin Umno yang hadir pada majlis iftar.
SEBAHAGIAN pemimpin Umno yang hadir pada majlis iftar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia