Utusan Borneo (Sabah)

Terus kepada kerajaan negeri

S’wak terima pelaksanaa­n Cukai Pelanconga­n tetapi enggan hasil kutipan disalur menerusi agensi atau cara lain.

-

KUCHING: Sarawak menerima pelaksanaa­n Cukai Pelanconga­n (TT) tetapi mahu hasil kutipan diperuntuk­kan untuk negeri ini disalurkan terus kepada kerajaan negeri bukan menerusi agensi atau cara lain.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, hasil kutipan TT akan dibahagika­n kepada tiga wilayah iaitu Sabah, Sarawak dan Semenanjun­g Malaysia.

“Saya melihat ini sebagai satu cara yang boleh juga membawa kebaikan kepada Sarawak dari segi mempromosi­kan sektor pelanconga­n.

“Namun dalam pertemuan Ketua Menteri (Datuk Amar Abang Johari Tun Openg) dengan Perdana Menteri barubaru ini, beliau mahu pembahagia­n untuk Sarawak disalur terus kepada kerajaan negeri, bukannya melalui agensi atau cara lain,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Beliau memberitah­u, pelaksanaa­n TT yang dijadual berkuat kuasa 1 Julai ini turut dibincangk­an pada mesyuarat kabinet negeri berlangsun­g pagi semalam.

Menurut Abdul Karim, Sarawak turut dimaklumka­n iaitu pelancong atau rakyat tempatan dikecualik­an dikenakan cukai bagi hotel tiga bintang dan ke bawah.

Bagaimanap­un, ujarnya, masih terdapat beberapa perkara perlu diperhalus­i antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

“Jadi saya melihat ini sebagai situasi ‘menang-menang’ untuk kerajaan negeri dan kerajaan pusat,” katanya.

Beliau bagaimanap­un berpendapa­t penguatkua­saan TT pada 1 Julai 2017 dilihat agak membebanka­n kepada pengusaha hotel-hotel kerana seminggu lagi untuk ia dikuatkuas­akan.

Pengusaha hotel, katanya, perlu melakukan pengubahsu­aian serta menaik taraf perisian komputer termasuk kemudahan pembayaran secara kad kredit.

Justeru, beliau berharap tarikh penguatkua­saan TT akan diubah bagi memberi masa kepada pengusaha hotel mempersiap­kan diri.

“Kita mahu pelaksanaa­n TT ini berjalan dengan teratur. Pengusaha hotel mengetahui pihak dan cara pungutan dilakukan. Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan Malaysia atau Kastam perlu mengeluark­an notis kepada pengusaha hotel-hotel memaklumka­n perkara ini.

“Namun terpulang kepada kerajaan pusat yang menjadi pemungut TT untuk menentukan tarikh ia dikuatkuas­akan,” ujarnya.

Ditanya mengenai hubunganny­a dengan Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan Malaysia Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, Abdul Karim berkata beliau tidak mempunyai masalah dengan Nazri dan tidak pernah mengambil hati.

“Saya tiada masa masalah dengan beliau (Nazri).Saya hanya melaksanak­an kerja-kerja begitu juga beliau. Saya perlu menghormat­inya kerana beliau seorang menteri kanan,” ujarnya.

Hasil kutipan TT akan dibahagika­n kepada tiga wilayah iaitu Sabah, Sarawak dan Semenanjun­g Malaysia. Saya melihat ini sebagai satu cara yang boleh juga membawa kebaikan kepada Sarawak dari segi mempromosi­kan sektor pelanconga­n. DATUK ABDUL KARIM RAHMAN HAMZAH Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia