Utusan Borneo (Sabah)

Chile, Jerman sama itu handal

Terikat 1-1 ketika Sanchez terus membisu tentang masa depannya bersama Arsenal

-

KAZAN: Alexis Sanchez enggan mengulas mengenai masa depannya di Arsenal selepas dia menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman bagi Chile dalam keputusan seri 1-1 dengan Jerman kelmarin di Piala Konfederas­i.

Bintang pasukan The Gunners itu, yang dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan, menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman bagi Chile dengan jaringan antarabang­sanya yang ke-38 selepas dia mengambil kesempatan ke atas satu kesilapan awal dalam pertahanan Jerman.

Sanchez belum lagi menandatan­gani kontrak baharu bersama Arsenal dan tidak mempedulik­an satu pertanyaan tentang masa depannya ketika dia menerima anugerah pemain terbaik perlawanan.

“Saya sangat gembira untuk menjadi penjaring terbanyak Chile sekarang, impian kami adalah untuk memenangi kejohanan ini dan kami rasa kami ada peluang,” kata Sanchez.

Walaupun ketinggala­n, pasukan tidak berpengala­man Jerman bangkit apabila Lars Stindl menjaringk­an gol keduanya di kejohanan ini untuk menyamakan kedudukan bagi juara dunia sejurus sebelum waktu rehat.

Keputusan itu meletakkan juara Amerika Selatan Chile di tempat teratas Kumpulan B berdasarka­n kelebihan gol dengan Jerman.

Dengan kedua-dua pasukan yang mengutip empat mata, tiga mata di hadapan Australia dan Cameroon yang seri 1-1 sebelum ini, mereka menduduki tempat teratas untuk mara ke peringkat separuh akhir pada minggu depan.

Jerman menentang Cameroones­ok( Ahad) di Sochi manakala Chile berentap dengan pasukan The Socceroos di Moscow. Walaupun meninggalk­an semua bintangnya yang memenangi Piala Dunia di tanah air, ketua jurulatih Jerman Joachim Loew amat gembira dengan prestasi yang dipamerkan oleh pasukannya yang muda. “Saya sangat berpuas hati dengan anak buah saya,” kata Loew. “Ia adalah perlawanan dengan standard tertinggi. “Semua mereka bermain dengan baik, dengan pengalaman yang begitu sedikit, begitu sedikit perlawanan antarabang­sa. “Menentang pasukan kelas dunia seperti Chile, kita akan sentiasa hanya mendapat sedikit peluang.” Pengurus Chile, Juan Antonio Pizzi, menurunkan pasukan berpengala­man, termasuk sembilan anggota pasukan yang menewaskan Argentina menerusi penentuan tendangan penalti dalam perlawanan akhir Copa America 2016.

Selepas kemenangan pembukaan 2-0 ke atas Cameroon, Chile mendahului hanya enam minit sahaja selepas perlawanan bermula.

Penjaga gol Jerman MarcAndre ter Stegen melorong bola kepada Joshua Kimmich, tetapi Arturo Vidal menolak bola ke laluan Sanchez dan penyerang merembat bola ke dalam gawang.

Walaupun Loew memberi penilaian yang positif, Chile hampir mendahului 2-0 apabila Eduardo Vargas menggegark­an palang pada minit ke-20. Walaupun resah pada awal perlawanan, Jerman beransur-ansur tenang dan melancarka­n serangan.

Apabila Can bolos di kawasan Chile, hantaranny­a ke sayap kiri menemui Hector, yang melakukan hantaran lintang rendah yang kuat kepada Stindl yang merembat bola melepasi penjaga gol Johnny Herrera pada minit ke-41. Kedua-dua pasukan hanya memperoleh­i peluang alang-alang sahaja untuk memecah kebuntuan dengan pemenang kumpulan diputuskan oleh pusingan terakhir pada hujung minggu ini.

Terdahulu, kapten Australia Mark Milligan menyempurn­akan tendangan penalti pada separuh masa kedua apabila The Socceroos bangkit untuk seri dengan Cameroon dan kedua-dua pasukan berdepan dengan penyingkir­an awal.

Andre-Frank Zambo Anguissa, 21 tahun, memberi gol pendahulua­n yang cantik kepada Cameroon dengan satu kuisan cekap ke atas penjaga gol Australia Mathew Ryan sejurus sebelum waktu rehat di St Petersburg.

Milligan menyelamat­kan The Socceroos dengan menjaringk­an tendangan penalti pada minit ke-60 apabila kedua-dua pasukan mengutip mata pertama mereka dalam Piala Konfederas­i.

“Saya agak kecewa kerana kami ada cara untuk memenangi perlawanan,” kata pemain terbaik perlawanan Zambo Anguissa.

“Namun ia belum berakhir, kami masih ada satu perlawanan lagi menentang Jerman.”

Seperti apa yang berlaku ketika menentang Jerman, kegagalan memberi tumpuan merugikan Australia dengan jaringan Zambo Anguissa.

“Kami mengawal sebahagian besar permainan dan mereka agak berbahaya, kami kurang tenang di hadapan gawang,” kata jurulatih Australia, Ange Postecoglo­u.

“Saya kecewa dengan gol itu, hilang tumpuan ini merugikan kita, ia adalah satu tumbukan yang tidak dijangkaka­n dan kami tidak berputus asa.”

Sebelum kuisan ajaib Zambo Anguissa, sedikit sahaja peluang yang jelas bagi kedua-dua pasukan pada babak pertama yang sengit.

Gol pembukaan memang berbaloi untuk ditunggu.

Satu hantaran yang cantik sejauh 33 meter di sebelah kanan dari pemain pertahanan tengah Michael NgadeuNgad­jui diangkat dengan bijak oleh Zambo Anguissa ke atas Ryan yang meluru keluar dan ke dalam jaring.

Bagaimanap­un, selepas sejam, Milligan menyempurn­akan tendangan penalti setelah Alex Gersbach dijatuhkan dalam kawasan penalti oleh pemain pertahanan kanan Cameroon, Ernest Mabouka.

Tim Cahill, penjaring terbanyak sepanjang zaman bagi negara itu dengan 48 gol, dimasukkan sebagai pemain gantian tetapi pemain berusia 37 tahun itu tidak dapat memecah kebuntuan dalam penampilan antarabang­sanya yang ke-99. – AFP

Saya sangat gembira untuk menjadi penjaring terbanyak Chile sekarang, impian kami adalah untuk memenangi kejohanan ini dan kami rasa kami ada peluang. ALEXIS SANCHEZ Penyerang Chile

 ??  ??
 ??  ?? PEMAIN Jerman Lars Stindl menjaringk­an gol penyamaan buat pasukannya ketika menentang Chile di Kazan Arena pada awal pagi kelmarin. - Gambar REUTERS
PEMAIN Jerman Lars Stindl menjaringk­an gol penyamaan buat pasukannya ketika menentang Chile di Kazan Arena pada awal pagi kelmarin. - Gambar REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia