Utusan Borneo (Sabah)

Akhirnya Liverpool dapat Salah

-

LIVERPOOL: Liverpool kelmarin melengkapk­an pembelian pemain sayap Mesir, Mohamed Salah

(gambar), dari AS Roma untuk bayaran yang dilaporkan sebanyak 39 juta euro (RM196 juta).

Pemain berusia 25 tahun itu menyetujui kontrak selama lima tahun dengan kelab gergasi Liga Perdana itu.

Salah, yang juga pernah bermain untuk Basel, Chelsea dan Fiorentina, sudah bermain mewakili negara sebanyak 52 kali, dan menjaringk­an 29 gol antarabang­sa.

“Saya sangat teruja berada di sini. Saya sangat gembira,” kata Salah yang bermain selama dua musim di Roma di mana dia menjaringk­an 29 gol dalam 65 penampilan Serie A.

“Saya akan memberi 100 peratus dan memberi segalanya demi kelab. Saya benar-benar mahu memenangi sesuatu untuk kelab ini.

“Kita ada pasukan yang hebat dan pemain yang sangat bagus. Saya menonton perlawanan pada tahun lepas dan semua orang memberi 100 peratus untuk memenangi sesuatu.

“Semua orang dapat lihat jurulatih memberi segalanya. Saya berharap untuk melihat bahawa bersama kami dapat memberi segalanya untuk memenangi sesuatu bagi kelab, bagi penyokong dan bagi kami.”

Salah merupakan sasaran jangka panjang bagi Liverpool, yang pernah berusaha untuk menandatan­ganinya tiga tahun lalu tetapi mereka dipintas oleh Chelsea, dan pengurus sekarang Jurgen Klopp ingin sekali menambah kelajuan kepada pasukannya.

Klopp berkata dia meminati pemain sayap itu sejak zaman awalnya di Basel dan percaya pengalaman­nya di Itali adalah penting bagi pasukan Liverpool yang kembali ke Liga Juara-Juara pada musim akan datang.

“Dia mengenali Liga Perdana, dia ada rekod dalam Liga Juara-Juara dan dia merupakan salah seorang pemain paling penting untuk negaranya,” kata Klopp dalam www.liverpoolf­c.com.

“Rekodnya di Itali adalah cemerlang dan dia memiliki kualiti yang akan meningkatk­an lagi pasukan dan skuad kami. Saya sudah mengikutin­ya sejak dia muncul di Basel dan dia sudah berkembang menjadi pemain yang amat bagus.

“Kepantasan­nya luar biasa, dia memberi lebih ancaman serangan kepada kami dan kami sudah pun kuat dalam bahagian ini. Saya suka kerana kami akan menjadikan­nya jauh lebih kompetitif.

“Bagaimanap­un, paling penting bagi kami ialah dia lapar, bersedia dan ingin sekali untuk bermain jauh lebih baik dan meningkat lebih jauh lagi. Dia percaya dengan apa yang kami cuba lakukan di Liverpool dan amat ingin sekali menjadi sebahagian daripadany­a. Dia sangat teruja untuk bermain demi penyokong kita yang hebat.

“Dia seorang pemain yang bercita-cita tinggi dan mahu menang dan menang pada peringkat tertinggi; dia tahu dia dapat memenuhi cita-cita itu bersama Liverpool.”

Klopp sudah menandatan­gani pemenang Piala Dunia Bawah 20 England, Dominic Solanke, selepas kontraknya luput bersama Chelsea, dengan bayaran yang kemungkina­n akan diputuskan oleh sebuah tribunal.

Sementara Sabah adalah pemain kedua yang tiba pada musim panas, terdapat beberapa pemain yang merupakan lebihan kepada keperluan dan Liverpool sudah menolak tawaran dari Napoli bagi pemain pertahanan kiri Alberto Moreno. – AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia