Utusan Borneo (Sabah)

Polis lancar program ‘Coffee Break’ elak pemandu mengantuk

-

GUA MUSANG: Dalam usaha mengurangk­an kadar kemalangan jalan raya sempena musim perayaan kali ini, polis Gua Musang mengadakan program ‘Coffee Break’ malam tadi bagi membantu pemandu menghilang­kan rasa mengantuk ketika memandu.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Rajab Ahad Ismail berkata sebanyak 5,000 cawan kopi telah diagihkan kepada pemandu yang melalui jalan Kuala Lipis-Gua Musang sejak 11 malam di Hentian Gua Musang di Tanah Puteh, di sini.

“Inisiatif mengagihka­n minuman kopi itu menjadi usaha polis Gua Musang setiap kali musim perayaan tiba sekali gus memberi mesej supaya pengguna dapat menjaga keselamata­n semasa berada di jalan raya dan selamat tiba di destinasi.

“Kami menjangka aliran trafik akan bertambah sesak pada malam hari Sabtu (malam Ahad) di semua laluan dan kami akan pantau keadaan itu,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran program berkenaan malam kelmarin.

Majlis pelancaran program itu yang disempurna­kan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas Ab Aziz Yusof itu turut dihadiri Pengerusi Eksekutif Hentian Gua Musang Che Ibrahim Che Ismail dan Pengerusi Majlis Belia Jajahan (MBJ) Gua Musang Mohd Azmawi Fikri Ab Ghani.

Beliau berkata rondaan di beberapa kawasan ‘panas’ kemalangan akan dipertingk­atkan terutama pada malam Aidilfitri.

Bagaimanap­un sejak Op Selamat dilancarka­n pada 18 Jun lepas, katanya, belum ada sebarang kemalangan maut yang berlaku di jajahan berkenaan.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia