Utusan Borneo (Sabah)

‘Rasputin wanita’ dipenjara tiga tahun

Akibat merasuah profesor terima anak perempuann­ya masuk universiti berprestij

-

“Mahkamah menjatuhi hukuman penjara selama tiga tahun terhadap tertuduh. Mahkamah Daerah Pusat Seoul.

SEOUL: Wanita yang menjadi tumpuan dalam skandal rasuah di Korea Selatan, Choi Soon-Sil, dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun semalam bagi kesalahan rasuah dalam bahagian pertama daripada satu rangkaian kes jenayah terhadapny­a.

Seorang rakan lama kepada bekas presiden Korea Selatan yang dimalukan, Choi didapati bersalah kerana merasuah profesor bagi membolehka­n anak perempuann­ya diterima masuk ke Universiti Wanita Ewha yang berprestij di Seoul dan menerima gred yang bagus, di sebalik rekod kehadiran yang kurang bagus.

“Mahkamah menjatuhi hukuman penjara selama tiga tahun terhadap tertuduh,” kata Mahkamah Daerah Pusat Seoul dalam satu kenyataan.

Seorang bekas dekan Universiti Ewha dan seorang ketua kolej menerima hukuman penjara selama dua tahun setiap seorang, seorang kakitangan universiti menerima hukuman penjara selama 18 bulan dan tiga profesor dijatuhi hukuman yang ditangguhk­an, dengan dua profesor lagi didenda berhubung skandal tersebut, yang menimbulka­n kemarahan orang awam di Korea Selatan yang taksub dengan pendidikan.

Choi turut dibicaraka­n bersama teman rapatnya, bekas presiden Park GeunHye, bagi tuduhan mereka memaksa beberapa syarikat besar termasuk Samsung untuk “menyumbang” puluhan juta kepada beberapa yayasan yang dikawal oleh Choi.

Choi boleh berdepan dengan hukuman penjara selama beberapa dekad sekiranya disabitkan bagi tuduhan peras ugut dan salah guna kuasa.

Pewaris Samsung Lee JaeYong, yang turut ditangkap dan sekarang dalam perbicaraa­n, menafikan meminta bantuan polisi ketika dia menemui Park, menegaskan bahawa Samsung adalah mangsa peras ugut oleh bekas presiden dan Choi.

Choi – digelar sebagai “Rasputin wanita” oleh media tempatan – mempunyai pe-ngaruh besar terhadap presiden ketika itu dan merupakan seorang pegawai penting dalam skandal melibatkan pengaruh yang mencetuska­n bantahan jalanan besar-besaran yang membawa kepada pemecatan Park.

Park dikatakan telah membocor dokumen rahsia kepada rakannya, dan membenarka­n dia untuk campurtang­an dalam hal ehwal negara – termasuk pelantikan pegawai kanan. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? GAMBAR fail 16 Januari 2017 menunjukka­n Choi ketika diiringi ke mahkamah di Seoul, Korea Selatan.
— Gambar Reuters GAMBAR fail 16 Januari 2017 menunjukka­n Choi ketika diiringi ke mahkamah di Seoul, Korea Selatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia