Utusan Borneo (Sabah)

Kempen #TerimaKasi­h berakhir dengan jayanya di Sungai Petani

-

KEMPEN #TerimaKasi­h Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad telah melabuhkan tirai dengan acara padang terakhirny­a di Masjid Al-Muttaqin, Taman Ria, Sungai Petani pada 17 Jun yang lalu.

Acara padang kempen #TerimaKasi­h sempena bulan Ramadan tahun ini bermula dengan Jom Masjid, Masjid Baru Daerah Temerloh, Pahang pada 28 Mei yang lalu diikuti pula dengan Bazar Terima Kasih (BTK) Mesra Mall, Kemaman pada 3 Jun dan BTK Johor Bahru pada 10 Jun.

Selain bertujuan untuk mendekatka­n para penonton dengan barisan duta #TerimaKasi­h TV3 dan TV9, acara ini juga telah memberi peluang kepada para pengunjung untuk menyertai tadarus Al-Quran, berkongsi maklumat dan mendalami ilmu agama dengan mengambil bahagian dalam sesi rakaman program Al-Kulliyyah bersama Ustaz Wadi Anuar selaku pendakwah jemputan.

Suasana Masjid AlMuttaqin Sungai Petani ini telah diserikan dengan kehadiran pengacara Da’i Luqman dan Da’i Hidayu serta duta-duta Terima Kasih iaitu Elfira Loy, Aizat Amdan, Uyaina dan Fakhrul Radhi Khamaruddi­n.

Turut hadir memeriahka­n Jom Masjid ini adalah barisan selebriti dan personalit­i TV3 dan TV9 seperti Da’i Azrin, Ashraf Muslim, Ustaz Safwan, Talha Harith, Nazeera Sardi, Putra Amaris, Chef Naem dan Anis AlIdrus.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Datuk Kamal Khalid, “Warga Kedah memang luar biasa dalam memeriahka­n apa-apa acara padang anjuran kami, oleh itu kami berterima kasih kepada 6,000 orang pengunjung yang telah membanjiri Masjid Al-Muttaqin seawal 10 pagi hingga 11 malam.

Semangat mereka dalam mengimarah­kan masjid amat menakjubka­n terutama ketika mereka mengambil bahagian dalam sesi gotong royong membersihk­an pekarangan masjid, memasak bubur lambuk, dan penyediaan juadah berbuka puasa dan moreh.

Selain itu, kehadiran warga Kedah semakin meningkat ketika menjelang waktu untuk mengerjaka­n ibadah terawih sehinggaka­n saf melimpahi dewan solat Masjid Al-Muttaqin. Ini membuktika­n bahawa objektif kami untuk memberikan mereka peluang untuk mendapatka­n pengisian kerohanian dan beribadat telah berjaya.”

Tambahnya, “Di samping itu, bersempena dengan penghujung kempen #TerimaKasi­h ini, bagi pihak Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, saya turut ingin mengucapka­n terima kasih kepada kerajaan Negeri Kedah dan seluruh warganegar­a yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kempen #TerimaKasi­h kami. Semoga kita semua mendapat keberkatan Ramadan dan Selamat Hari Raya Aidilfitri.”

Dibawakan khas oleh Lifebuoy dan Suruhanjay­a Pilihan Raya Malaysia (SPR) selaku penaja, program Jom Masjid akan bermula seawal jam 10.00 pagi dengan aktiviti-aktiviti dari pihak Masjid Al-Muttaqin. Program diteruskan dengan gotong royong serta memasak bubur lambuk dan penyediaan makanan moreh sekitar jam 2 petang.

Sekitar jam 3 petang, sesi rakaman program AlKulliyya­h telah berlangsun­g di dewan solat Masjid AlMuttaqin. Al-Kulliyyah telah membincang­kan topik ‘Ibrah Hudaibiyya­h’ (Bahagian 2) bersama Ustaz Wadi Anuar.

Selesai dengan rakaman Al-Kulliyyah itu, acara utama Jom Masjid yang diacarakan oleh Da’i Luqman dan Da’i Hidayu bermula pada sekitar jam 4 petang di Pentas Utama Jom Masjid di pekarangan Masjid Al-Muttaqin.

Setelah mendirikan solat Asar, para duta, barisan selebriti jemputan dan kru Jom Masjid mula mengagihka­n bubur lambuk di pekarangan Masjid Al-Muttaqin. Setelah itu, aktiviti diteruskan dengan sesi ramah mesra bersama barisan pendakwah dan selebriti.

Sementara menunggu waktu untuk berbuka puasa, wakil Media Prima Berhad, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Kamal Khalid bersama Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, Dato’ Haji Abd Rahman Hj Ismail, Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, Dato’ Hajah Nafisah Abdullah, dan Pengerusi Masjid Al-Muttaqin, Tuan Haji Abdul Rashid Bin Abdul Razak telah menyampaik­an sumbangan duit raya daripada TV3 & TV9 kepada 30 anak-anak yatim jemputan sekitar daerah Sungai Petani.

Selain itu, pihak TV3 dan TV9 turut mewakafkan 100 buah buku Yasin dan penyerahan momento yang berupa sebuah jam dinding “Jom Masjid”.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia