Utusan Borneo (Sabah)

Dua beradik maut dalam kemalangan

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Dua beradik maut manakala seorang lagi cedera selepas motosikal dinaiki bergesel dengan motosikal rakan mereka ketika memotong kenderaan sebelum dilanggar sebuah kereta dari arah bertentang­an dekat simpang Kampung Jaya Bakti Jalan SandakanBe­luran, petang Ahad.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner (ACP) Mohd Azhar Hamin berkata mangsa dikenali sebagai Abdurasid Asad Kassin, 25, (penunggang) dan adiknya Abdurazim Asad Kassin, 17, (pembonceng) maut di tempat kejadian.

“Manakala rakan mereka, Albin Amsi, 35, (penunggang) mengalami kecederaan ringgan akibat kejadian itu," katanya.

Beliau berkata kedua-dua motosikal mangsa terbabit sedanga dalam perjalanan dari Bukit Garam ke Beluran.

“Dalam kejadian kirakira jam 2 petang, pemandu kereta berumur 34 tahun dari Beluran ke Sandakan sedang dalam perjalanan balik menyambut Hari Raya,” katanya.

Beliau berkata ketika sampai ke lokasi kejadian, kelihatan dua motosikal sedang memotong tiga kenderaan di hadapan sebelum motosikal mangsa bergesel sesama sendiri di mana motosikal yang dinaiki adik beradik itu tercampak ke laluan bertentang­an.

Katanya pemandu kereta terbabit tidak sempat mengelak lalu melanggar motosikal mangsa yang memasuki laluannya.

"Manakala motosikal yang ditunggang oleh rakannya tercampak ke bahu jalan sebelah kiri,” katanya.

Mohd Azhar berkata akibat kejadian itu kedua beradik mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Daerah Beluran.

Bagaimanap­un, katanya, pemandu kereta tidak mengalami seberang kecederaan akibat kejadian itu.

Beliau berkata mayat mangsa kemudianny­a dihantar ke hospital untuk dibedah siasat. Pihaknya menjalanka­n siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Beliau menasihati pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati ketika memandu kenderaan atau menunggang motosikal bagi menggelakk­an kejadian tidak diingini berlaku.

 ??  ?? PIHAK polis sedang menjalanka­n siasatan di lokasi kejadian.
PIHAK polis sedang menjalanka­n siasatan di lokasi kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia