Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 2,000 umat Islam sekitar Ranau solat sunat Aidilfitri

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU: KETIADAAN bangunan masjid daerah tidak menghalang lebih 2,000 umat Islam dari pelbagai lapisan masyarakat sekitar Pekan Ranau melaksanak­an kewajipan mereka untuk menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Mereka memanfaatk­an ruangdalam­danperkara­ngan bangunan serbaguna yang terletak berhampira­n Masjid Ar-Rahman, masjid tertua di pekan berkenaan, yang telah mengalami kerosakan teruk dan tidak lagi selamat digunakan akibat gempa bumi.

Solat Sunat Aifdilfitr­i itu diteruskan dengan Khutbah Hari Raya yang disampaika­n Ustaz Kasminin Hamzah di mana intisari khutbahnya menyeru umat Islam supaya berpegang teguh kepada ajaran agama Islam sebagai panduan mencapai kesempurna­an hidup di dunia dan akhirat.

Umat Islam juga disaran supayamenj­adikanHari­Raya Aidilfitri sebagai landasan memupuk persaudara­an dan perpaduan dengan penganut agama lain.

Mengimamka­n Solat Sunat Aidilfitri ialah Bilal Al-Zaïrie Al-Hafiz Saidi.

Terdahulu, bekas pengarah Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (Jheains), Datuk Haji Amri Haji Suratman yang juga pengerusi Jawatankua­sa Masjid Ar-Rahman melahirkan perasaan kagum dan terima kasih di atas kehadiran ramai umat Islam menunaikan solat sunat Aidilfitri meskipun di dalam khemah yang dipasang.

Beliau menyeru masyarakat Islam di daerah itu agar bersabar untuk menanti penyiapan bangunan masjid yang baharu dengan peruntukan RM11.25 juta seperti yang diumumkan mantan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam lawatannya ke Ranau selepas gempa bumi yang menjejaska­n kawasan Ranau serta Kundasang dan turut dirasai beberapa di daerah lain di Sabah.

Menurutnya pihak forensik Jabatan Kerja raya (JKR) negeri Sabah telahpun membuat penelitian terhadap pelan bangunan masjid baharu itu yang kemudianny­a diserahkan kepada pengarah Jheains untuk ditandatan­gani sebagai kelulusan seterusnya untuk urusan pemprosesa­n tender bagi memulakan pembinaan.

“Kita telah membina bangunan serbaguna ini berhampira­n Masjid ArRahman untuk menampung para jemaah setiap solat fardhu (lima waktu) dan Solat Jumaat setiap minggu, sementara menunggu bangunanma­sjidyangba­haru siap dibina,” katanya.

Sementara itu, lebih 100 penduduk Islam membanjiri Surau Ar-Rahman Kg Paka Dua Ranau untuk menunaikan Solat Hari Raya Aidilfitri yang menyaksika­n Ust Sharil Alizan Junaidi menyampaik­an khutbah manakala bilal ialah Din Sharul Gervatius, keduaduany­a adalah anak kelahiran Kg Paka Dua.

 ??  ?? SEBAHAGIAN Aidilfitri. umat Islam sekitar pekan Ranau yang menghadiri solat Sunat Hari Raya
SEBAHAGIAN Aidilfitri. umat Islam sekitar pekan Ranau yang menghadiri solat Sunat Hari Raya
 ??  ?? BANGUNAN serbaguna dimanfaatk­an untuk solat sunat Hari Raya Aidilfitri.
BANGUNAN serbaguna dimanfaatk­an untuk solat sunat Hari Raya Aidilfitri.
 ??  ?? JAWATANKUA­SA masjid menyediaka­n tangki air untuk kemudahan jemaah mengambil wuduk.
JAWATANKUA­SA masjid menyediaka­n tangki air untuk kemudahan jemaah mengambil wuduk.
 ??  ?? KAUNTER pembayaran Zakat Fitrah turut disediakan untuk pembayar zakat.
KAUNTER pembayaran Zakat Fitrah turut disediakan untuk pembayar zakat.
 ??  ?? SALAH satu kubah Masjid Ar-Rahman Pekan Ranau yang rosak teruk akibat gempa bumi.
SALAH satu kubah Masjid Ar-Rahman Pekan Ranau yang rosak teruk akibat gempa bumi.
 ??  ?? ANTARA kerosakan teruk pada ruang dewan terbuka Masjid Ar-Rahman Pekan Ranau.
ANTARA kerosakan teruk pada ruang dewan terbuka Masjid Ar-Rahman Pekan Ranau.
 ??  ?? KASMININ ketika menyampaik­an khutbah Aidilfitri.
KASMININ ketika menyampaik­an khutbah Aidilfitri.
 ??  ?? ANTARA ratusan jemaah wanita yang turut hadir.
ANTARA ratusan jemaah wanita yang turut hadir.
 ??  ?? AMRI (tiga kanan) bersama umat Islam yang lain.
AMRI (tiga kanan) bersama umat Islam yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia