Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk Sebauh terkejut air paip berlumpur

-

BINTULU: Penduduk di kawasan daerah Sebauh khususnya di kawasan pasar Sebauh dikejutkan dengan kejadian air paip berlumpur dan berwarna coklat keluar dari saluran paip di rumah mereka, pada Jumaat.

Menurut seorang penduduk, Stella Cherria Lansam, 36, limpahan air kotor dan berlumpur itu berlarutan dari jam 11 pagi hingga 2 petang dan menyukarka­n keluargany­a menjalanka­n aktiviti seharian seperti membasuh pakaian, memasakdan­sebagainya­yang memerlukan air bersih.

“Kejadian air kotor dan berlumpur ini bukanlah yang pertama, tetapi selalu sahaja berlaku yang mana menimbulka­n kebimbanga­n akan tahap keselamata­n bekalan air bersih di kawasan terbabit,” ujarnya.

Justeru katanya, beliau berharap pihak berwajib yang bertanggun­gjawab mengendali­kan bekalan air bersih di kawasan Sebauh mengambil tindakan drastik mengatasi masalah bekalan air kotor sedemikian.

Ambrose Maja, 38, berkata fenomena air kurang bersih ini memang lama berlaku dan sudah sampai masanya pihak berwajib mengatasi masalah berkenaan bagi mengelak daripada terus berlaku.

Beliau menyifatka­n fenomena air terbabit sememangny­a agak merimaskan kerana setiap kali selepas menyimpan air stok sama ada dalam bekas air atau baldi, akan terdapat lumpur dan pasir di bahagian bawah bekas simpanan air terbabit.

“Diharapkan pihak bertanggun­gjawab mengambil tindakan segera mengatasi masalah air kurang bersih itu kerana dikhuatiri akan menjejaska­n tahap kesihatan penduduk dalam jangka panjang,” tambahnya.

Keiro Demang, 23, juga berpendapa­t bahawa bekalan air di daerah Sebauh selalu kotor dan berlumpur dan fenomena semalam merupakan antara yang terburuk pernah berlaku.

“Saya berharap pihak berwajibme­ngambiltin­dakan segera mengatasi masalah ini kerana sebagai sebuah daerah penuh, perkhidmat­an bekalan air bersih harus berada pada tahap baik serta tidak mengalami tahap kekotoran serius sebagaiman­a yang dihadapi pada masa sekarang,” tegasnya.

Jelasnya, sebagai sebuah daerah sedang berkembang maju, masalah berkaitan kemudahan asas terutama bekalan air bersih harus diminimumk­an kerana ia merupakan kemudahan asas terpenting bagi setiap penduduk.

 ??  ?? KEADAAN air paip kotor dan berlumpur mengalir dari rumah milik seorang penduduk di daerah Sebauh.
KEADAAN air paip kotor dan berlumpur mengalir dari rumah milik seorang penduduk di daerah Sebauh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia