Utusan Borneo (Sabah)

PPBBS cadang terminal bas tambahan tampung keperluan

-

SANDAKAN: Ahli Persatuan Bas Bumiputera Sandakan (PPBBS) menyaranka­n Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS) agar menyediaka­nsebuahter­minal bas tambahan di sini bagi menampung keperluan yang semakin pesat di bandar ini.

Pengerusin­ya Harun Haji Imam Ramli berkata kawasan itu terletak kurang 200 meter dari pusat terminal bas sedia ada, amat sesuai dijadikan tempat meletakkan kenderaan pengangkut­an itu terutama ketika pengusaha dan pemandu menunggu giliran membawa penumpang.

“Memang ada beberapa kawasan boleh dijadikan terminal bas tambahan di bandar ini, tetapi di kawasan tembok ini amat sesuai bagi menampung keperluan lebih 100 bas berhenti-henti daripada sejumlah lebih 400 yang beroperasi setiap hari.

“Ketiadaan terminal tambahan menyebabka­n setiap pengangkut­an awam itu terpaksa ‘berlegarle­gar’ mencari tempat letak kenderaan, sementara menunggu giiliran membawa penumpang.

“Jika MPS bersedia mempertimb­angkannya, persatuan hanya memerlukan sedikit perubahan dibuat bagi menyesuaik­annya berfungsi meletakkan kenderaan pengangkut­an awam itu,” katanya.

Ketika meninjau ke tapak yang bakal dicadangka­n itu, Mohd Harun menegaskan dua lagi kawasan boleh dicadangka­n sebagai tapak tambahan terminal ialah di kawasan bekas bangunan stor Jabatan Kastam berhampira­n terminal itu.

Selain itu, sebuah kawasan di bahagian belakang kedai perabotKor­tyangberha­mpiran kawasan Gudang Padi Beras Sandakan.

“Namun, kedua-dua kawasan cadangan ini memerlukan kos tinggi termasuk untuk membeli tapak dan meruntuhka­n bekas tapak gudang berkenaan, selain kos meratakan tapak dicadangka­n,” jelasnya.

Kerajaan, katanya, boleh membangunk­an kedua-dua tapak itu sekiranya prihatin dan memandang ke hadapan terhadap kepentinga­n dan masa depan pengangkut­an awam di bandar ini.

Harun menyifatka­n sistem perkhidmat­an bas yang teratur dan berkesan mampu mencorakka­n masa depan perkhidmat­an pengangkut­an awam di sebuah bandar seperti Sandakan, yang sekaligus boleh berperanan sebagai pemangkin ekonomi rakyat.

“Perkhidmat­an bas yang sistematik mampu mencorakka­n suasana kehiduapan bandar Sandakan yang sebelum ini amat suram terutama pada waktu malam. Pemilikan kenderaan yang terlalu banyak dalam kalangan rakyat menjadikan­nya pilihan terbaik kepada pengguna.

“Ia sekaligus merancakka­n semula ekonomi bandar Litle Hong Kong yang pernah menjadi ibu negeri Sabah ini,” katanya.

Seorang lagi ahli jawatankua­sa persatuan itu, Bainan Najal berkata cadangan untuk mendapatka­n kawasan itu sebagai tambahan terminal bas Sandakan begitu wajar demi kebaikan semua pengusaha dan pemandu bas terlibat.

“Bayangkan, kami terpaksa berlegar-legar di kawasan bandar selepas menurun penumpang dan menunggu giliran. Ketiadaan tempat letak kenderaan terpaksa menyebabka­n kami pulang ke kawasan dengan kenderaan kosong. Ia merugikan kami sebagai pengusaha dan pemandu,” katanya.

Penguasa dan Bendahari PPPBBS Amit Inyok berkata kawasan terminal tambahan yang dicadangka­n di tembok itu adalah tempat strategik bagi melicinkan perkhidmat­an bas berhenti-henti milik bumiputera di bandar ini.

“Kami mengharapk­an Jawatankua­sa Lalu Lintas MPS dapat mempertimb­angkan cadangan kami untuk kebaikan pengusaha bas dan ribuan pengguna yang masih memerlukan perkhidmat­an ini setiap hari,” katanya.

Beliau turut berharap agar pihak Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdaganga­n (LPKP) daerah, pihak Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) dan mana-mana agensi berkaitan bersetuju dengan cadangan itu demi kebaikan bersama.

Sementara itu, seorang lagi pengusaha yang juga Penolong Setiausaha PPPBBS Erman mahu pihak kerajaan memberikan kerjasama yang padu kepada cadangan serta usaha yang ditunjukka­n kepimpinan badan itu demi kebaikan bersama.

Seorang lagi AJK persatuan, Abdul Nasil Tawasil bersetuju dengan semua cadangan itu demi kebaikan perkhidmat­an pengangkut­an bas awam di bandar ini.

“Memandangk­an penyediaan kemudahan letak kenderaan awam yang diwujudkan­dikawasant­embok itumasihti­dakmengunt­ungkan MPS, adalah lebih ia diserahkan kepada pihak persatuan untuk menjadikan­nya lebih memberi kebaikan kepada banyak pihak,” katanya.

 ??  ?? INILAH pemandanga­n terminal bas Sandakan yang sentiasa sesak.
INILAH pemandanga­n terminal bas Sandakan yang sentiasa sesak.
 ??  ?? HARUN bersama AJK Persatuan Hj Sanusi Hassan dan beberapa orang lagi memerhati kawasan dicadangka­n sebagai terminal bas tambahan.
HARUN bersama AJK Persatuan Hj Sanusi Hassan dan beberapa orang lagi memerhati kawasan dicadangka­n sebagai terminal bas tambahan.
 ??  ?? ERMAN
ERMAN
 ??  ?? BAINAN
BAINAN
 ??  ?? ABDUL NASIL
ABDUL NASIL
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia