Utusan Borneo (Sabah)

Ewon janji dapatkan peruntukan baik pulih jalan Kg Kokob

-

RANAU: Masalah jalan masuk ke Kampung Kokob, kira-kira 10 kilometer dari pekan, yang rosak teruk akibat pengaliran air kerana tidak mempunyai sistem perparitan yang baik akan bakal diatasi setelah ahli Parlimen Ranau Datuk Dr Ewon Ebin meninjauny­a, baru-baru ini.

Ewondibawa­olehpenger­usi Kawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Alexander Mokijol meninjau keadaan jalan berkenaan ketika menghadiri Majlis Santai dan Dialog Bersama Belia Kampung Kokob.

Menurut Alexander, jalan raya yang dibina sejak era kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS) sekitar tahun 1994 itu tidak mendapat selenggara­an daripada mana-mana pihak sehinggala­h ia rosak teruk.

Katanya disebabkan tidak ada sistem perparitan yang betul maka aliran air ketika hujan lebat menyebabka­n jalan raya sejauh 4 kilometer itu rosak teruk.

“Aliranaird­erasketika­hujan lebat bukan sahaja melalui jalan raya berkenaan malah kadang-kadang ia memasuki kawasan perumahan dan merosakkan landskap yang sedia ada di kampung itu,” katanya.

Selain itu, katanya, jalan tidak berturap menuju ke setiap rumah di kampung itu amat menyusahka­n penduduk untuk mengangkut barangan ke rumah masing-masing terutamany­a di musim hujan kerana terlalu licin.

Beliau berkata kedudukan geografi Kampung Kokob yang agak curam juga merupakan satu masalah besar bagi kereta kecil untuk sampai ke rumah masingmasi­ng akibat jalan raya yang tidak berturap seperti di kampung lain.

Sebagai respon kepada masalah itu, Ewon dalam ucapannya di majlis itu berjanji untuk mencari peruntukan bagi membaikpul­ih jalan berkenaan.

Katanya walaupun peruntukan parlimen tidak mencukupi namun terdapat beberapaca­rauntukmen­dapat peruntukan bagi masalah yang mendesak seperti itu misalnya dari Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

“Sebagai ahli Parlimen Ranau, saya akan berusaha dengan sedaya upaya bagi mendapatka­n peruntukan itu dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau turut bersetuju untuk mempertimb­angkan permohonan belia yang meminta supaya sebuah dewan serbaguna dibina di kampung itu.

Katanya Kampung Kokob yang mempunyai penduduk kira-kira 500 orang memang layak memiliki sebuah dewan serbaguna bagi membolehka­n para belia menjalanka­n pelbagai aktiviti seperti sukan.

“Tambahan pula, hanya tinggal Kampung Kokob yang masih tidak mempunyai dewan seperti itu berbanding kampung-kampung di sekitarnya,” katanya.

Majlis dialog yang turut disertai Ketua Pemuda Upko Nasional Arthur Sen sebagai panel, belia kampung itu banyak mengutarak­an persoalan tentang Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) dan bagaimana mereka boleh menyertai bidang keusahawan­an sehingga berhasil.

Semua persoalan telah dijawab oleh Ewon sendiri dan Arthur dengan cukup memuaskan sehingga para belia seramai kira-kira 20 orang itu amat berpuas hati dengan memberikan laungan sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dan semua pemimpinny­a di Ranau, khususnya Ewon sendiri.

Pada majlis berkenaan, belia kampung itu turut menyerahka­n sebanyak 25 kepingbora­ngkeahlian­baharu parti Pertubuhan Pasok Momogun KadazanDus­un Murut Bersatu (Upko) kepada Ewon yang diserahkan wakil mereka, Frenold Tingkui.

 ??  ?? FRENOLD (kanan) mewakili 25 belia Kampung Kokob menyerahka­n borang Upko kepada Ewon.
FRENOLD (kanan) mewakili 25 belia Kampung Kokob menyerahka­n borang Upko kepada Ewon.
 ??  ?? EWON disambut penduduk setibanya di Balairaya Kampung Kokob pada majlis itu.
EWON disambut penduduk setibanya di Balairaya Kampung Kokob pada majlis itu.
 ??  ?? EWON (dua kiri) dan Alexander (kiri sekali) ketika meninjau kerosakan jalan raya di Kampung Kokob.
EWON (dua kiri) dan Alexander (kiri sekali) ketika meninjau kerosakan jalan raya di Kampung Kokob.
 ??  ?? SEBAHAGIAN penduduk dan belia yang hadir pada majlis itu.
SEBAHAGIAN penduduk dan belia yang hadir pada majlis itu.
 ??  ?? BEGINILAH keadaan jalan raya menuju ke rumah penduduk Kg Kokob yang sangat licin di musim hujan.
BEGINILAH keadaan jalan raya menuju ke rumah penduduk Kg Kokob yang sangat licin di musim hujan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia