Utusan Borneo (Sabah)

Negara aman, rakyat sejahtera

3,000 hadiri majlis rumah terbuka keluarga besar Tawik Keningau

- Oleh JOHAN AZIZ

LEBIH 3,000 orang menghadiri majlis rumah terbuka Hari Raya Keluarga Besar Tawik yang diadakan di rumah kediaman keluarga itu di Kampung Buang Sayang Bingkor, Keningau, pada hari pertama Aidilfitri.

Majlis Riang Raya Haji Mohd Hasnan Tawik itu telah dihoskan oleh adik beradik keluarga itu terdiri Yazid, Robert dan Zainol termasuk Rafie Robert serta anak-anak dan ahli keluarga lain.

Antara pemimpin dan pegawai kerajaan yang hadir pada majlis itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Bingkor Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Ketua Pemuda Umno Keningau Nik Nazri Nik Zawawi, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelanconga­n) Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan Malaysia Nor Yahati Awang dan Setiausaha Agung Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun Murut (KDCA) Suman Yasambun.

Pada majlis itu, duit raya turut disampaika­n kepada kanak-kanak oleh keluarga Tawik.

Yazid yang ditemui memberitah­u Hari Raya tahun ini begitu meriah walaupun sambutanny­a begitu sederhana sahaja atas faktor jimat cermat yang diamalkan oleh masyarakat Islam di sini.

Namun, katanya, apa yang menarik ialah penyertaan rakyat daripada pelbagai kaum dan agama adalah amat menggalakk­an di mana, turut mengunjung­i majlismajl­is rumah terbuka yang diadakan.

“Sebagai negara yang aman dan damai, rakyat pelbagai kaum dan agama bebas menjalanka­n kehidupan mereka termasukla­h mengunjung­i majlis-majlis rumah terbuka raya dan perayaan lain yang diadakan di negara ini.

“Konsep 1Malaysia yang diperkenal­kan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menjadikan nama negara ini melonjak di peringkat dunia sebagai negara yang rakyatnya sentiasa mengamalka­n perasaan kekitaan dan saling hormat menghormat­i antara satu sama lain,” katanya.

Yazid berharap majlis seumpama itu diteruskan dalam usaha meningkatk­an perasaan perpaduan dan muhibbah dalam kalangan rakyat di negara ini.

Di pihak keluargany­a, beliau berkata ia sudah menjadi acara tahunan kepada seluruh ahli keluargany­a untuk mengadakan majlis rumah terbuka Hari Raya.

Katanya hanya melalui penganjura­n majlis seumpama itu, seluruh ahli keluarga besar Tawik yang kebanyakan bertugas di luar daerah ini atau mempunyai komitmen lain dapat berkumpul bersama dan bermesra serta merapatkan lagi hubungan silaturahi­m.

“Majlis ini juga memberi peluang kepada ahli keluarga lain, saudara mara dan rakanrakan serta rakyat seluruhnya untuk sama-sama menikmati suasana Hari Raya dengan hadir dan menjamu selera daripada pelbagai juadah yang disediakan,” katanya.

 ??  ?? Gambar kiri YAZID bersama Rafie serta ahli keluarga lain bergambar kenangan dengan Nor Yahati (lapan kanan) dan tetamu lain.
Gambar kiri YAZID bersama Rafie serta ahli keluarga lain bergambar kenangan dengan Nor Yahati (lapan kanan) dan tetamu lain.
 ??  ?? YAZID (kanan) dan Rafie (kiri) bergambar bersama Nik Nazri yang hadir pada majlis itu.
YAZID (kanan) dan Rafie (kiri) bergambar bersama Nik Nazri yang hadir pada majlis itu.
 ??  ?? RAFIE bergambar kenangan dengan wakil media yang hadir pada majlis itu.
RAFIE bergambar kenangan dengan wakil media yang hadir pada majlis itu.
 ??  ?? ROBERT (tengah) dan ahli keluargany­a bersama Jeffrey (tujuh kanan) pada majlis itu.
ROBERT (tengah) dan ahli keluargany­a bersama Jeffrey (tujuh kanan) pada majlis itu.
 ??  ?? AHLI keluarga Besar Haji Mohd Hasnan Tawik mengabadik­an foto selepas majlis itu.
AHLI keluarga Besar Haji Mohd Hasnan Tawik mengabadik­an foto selepas majlis itu.
 ??  ?? ORANG ramai yang menghadiri majlis itu.
ORANG ramai yang menghadiri majlis itu.
 ??  ?? Gambar atas ORANG ramai menjamu selera.
Gambar atas ORANG ramai menjamu selera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia