Utusan Borneo (Sabah)

Russell Crowe ketuai barisan juri filem Asia di Australia

-

BINTANG Hollywood Russell Crowe akan mengetuai barisan juri untuk menentukan penerbitan Asia terbaik di majlis anugerah filem tahunan Australia pada tahun ini, yang akan mengiktira­f kecemerlan­gan dalam pembikinan filem Asia buat pertama kali.

Anugerah baharu bagi cereka Asia terbaik akan disampaika­n di acara berprestij di Sydney itu pada Disember, ketika selera bagi filemfilem serantau melonjak di negara ‘Down Under’ itu.

Ia adalah sebahagian daripada rancangan oleh Akademi Kesenian Televisyen dan Filem Australia (AACTA) untuk merangsang hubungan antara industri filem yang disegani di negara itu dengan jiran-jirannya yang terdekat.

Turut duduk dalam juri bersama Crowe adalah pengarah dari China, Lu Chuan, pelakon prolifik dari India, Anupam Kher, penerbit yang pernah dicalonkan untuk anugerah Oscar, Gary Kurtz, dan penulis, pengarah dan penerbit tersohor dari Korea Selatan, Kim Ki-Duk, antara lain.

“Apabila industri skrin Asia terus berkembang dan sempadan tradisiona­l bagi pengedaran kandungan semakin terbuka, audiens di seluruh dunia sedang menjumpai apa yang ditawarkan oleh rantau lain,” kata ketua AACTA Damian Trewhella.

“Terdapat permintaan audiens yang kuat bagi panggung Asia di Australia dan peningkata­n dalam penerbitan bersama antara para pembuat filem Barat dan Asia.

“Program kita cuba membawa yang terbaik dan paling berbakat dari kedua-dua rantau kepada audiens baharu.”

Pengamal skrin di Australia turut mengintai promosi dalam pasaran Asia yang pesat berkembang, dan Trewhella berkata rancangan mereka adalah untuk mewujudkan lebih banyak peluang bagi kerjasama.

Menurut AACTA, diaspora India dan China yang semakin berkembang telah memberi impak yang besar ke atas ‘box office’ Australia dan trend panggung, selain mereka yang datang dari Korea Selatan, Jepun dan negara lain di Asia.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia