Utusan Borneo (Sabah)

PEKERJA ‘ROMPAK’ MAJIKAN

Polis tahan empat pekerja dan seorang bekas pekerja Wang tunai RM72 ribu yang dilarikan berjaya ditemui

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

PENAMPANG: Polis menahan lima individu, empat pekerja dan seorang bekas pekerja sebuah kedai menjual makanan segera, selepas melarikan wang tunai lebih RM72,000 dan tiga unit televisyen bersaiz besar dari kedai majikan mereka di Plaza 333 di sini, Isnin lalu.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata kesemua suspek berumur 17 hingga 23 tahun itu ditahan di beberapa lokasi di sini dalam tempoh beberapa jam selepas pengurus kedai membuat laporan polis.

"Kejadian dipercayai berlaku antara jam 2 dan 6 pagi pada 26 Jun itu hanya disedari oleh penolong pengurus kedai ketika hendak memulakan perniagaan yang menyedari tiga unit televisyen di dalam kedai berkenaan hilang.

"Hasil pemeriksaa­n lanjut mendapati wang tunai sebanyak RM72,096.70 di dalam peti besi turut dilarikan oleh penjenayah.

"Kejadian kemudian dilaporkan kepada polis pada jam 10 pagi sebelum kita melancarka­n operasi mengesan individu yang memecah masuk kedai berkenaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, kelmarin.

Turut hadir Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Razarudin Husain dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah Datuk Salehuddin Abdul Rahman.

Ramli berkata pasukan petugas khas yang ditubuhkan untuk menjalanka­n siasatan kes itu kemudian berjaya mengesan lima individu, termasuk dua wanita di beberapa lokasi di sini pada jam 1 petang hari sama.

Katanya, empat daripada suspek dikenal pasti sebagai pekerja kedai yang dipecah masuk dan seorang lagi bekas pekerja kedai yang baharu meletakkan jawatan sehari sebelum kejadian.

"Semasa tangkapan itu, polis berjaya merampas kembali wang tunai RM72,096.72, kereta jenis Toyota Vios milik kakak suspek, tiga unit televisyen di sebuah perumahan di sini, topeng muka, sarung tangan, seluar serta beg galas," katanya.

Beliau berkata kesemua suspek dipercayai membuka kedai menggunaka­n kunci pendua yang dicuri sebelum ini dan suspek yang juga bekas pekerja dipercayai mengetahui kombinasi nombor kunci peti besi berkenaan, dan membolehka­nnya melarikan wang tunai berkenaan.

Menurutnya, kesemua suspek kini direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

 ??  ?? RAMLI (tengah) meneliti wang tunai lebih RM72 ribu yang dilarikan suspek, sambil diperhatik­an Razarudin (kanan) dan Salehuddin (kiri) selepas sidang media di IPD Penampang, kelmarin.
RAMLI (tengah) meneliti wang tunai lebih RM72 ribu yang dilarikan suspek, sambil diperhatik­an Razarudin (kanan) dan Salehuddin (kiri) selepas sidang media di IPD Penampang, kelmarin.
 ??  ?? WANG tunai yang berjaya dirampas kembali pasukan polis semasa penahanan suspek di beberapa lokasi di sini.
WANG tunai yang berjaya dirampas kembali pasukan polis semasa penahanan suspek di beberapa lokasi di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia