Utusan Borneo (Sabah)

14 orang hilang di Hutan Simpan Ulu Segama dijumpai selamat

- Oleh YUSOP TEPPO

KINABATANG­AN: Seramai 14 penduduk Kampung Paris yang dilaporkan hilang selepas hampir seminggu di Sungai Bilong, Hutan Simpan Ulu Segama, Lahad Datu telah dijumpai berasingan dengan selamat.

Ketua Polis Daerah Kinabatang­an Superinten­dan A Sahak Rahmat berkata kesemua mangsa berusia 20 hingga 58 tahun yang terdiri daripada dua kumpulan dijumpai selamat di dua lokasi berasingan oleh pasukan mencari dan menyelamat.

Pihaknya telah menjumpai kumpulan yang keluar memancing itu di kawasan Ladang Balat kira-kira jam 10.15 pagi.

“Pihak polis juga telah menjumpai sembilan orang yang merupakan kumpulan mencari terdiri penduduk kampung itu, 10 kilometer dari pusat operasi dalam hutan, kira-kira jam 1.20 petang,” katanya.

Sahak memberitah­u mereka yang dilaporkan hilang terdiri daripada dua kumpulan di mana kumpulan pertama keluar mencari ikan dan satu kumpulan lagi pencari dikhuatiri hilang selepas tidak pulang ke rumah dan gagal dihubungi.

“Kejadian berlaku apabila lima daripada mangsa tidak pulang ke rumah selepas keluar mencari ikan di Sungai Bilong, Hutan Simpan Ulu Segama Lahad Datu kira-kira jam 2.30 petang pada 21 Jun lepas,” katanya.

Berikutan kelima-lima mangsa gagal dihubungi, sembilan penduduk kampung itu telah bertindak melakukan pencarian di kawasan terbabit pada 23 Jun lalu tetapi turut dilaporkan hilang kerana mereka juga gagal dihubungi.

"Satu laporan telah dibuat di Balai Polis Kinabatang­an berikutan kesemua mangsa belum balik dan gagal dihubungi,” katanya.

Sahak berkata berikutan laporan itu, pihaknya telah melancarka­n operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan kesemua mangsa yang dilaporkan hilang itu.

Katanya seramai 80 pegawai terdiri daripada anggota Polis Diraja Malaysia; Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia; Jabatan Perhilitan; serta penduduk kampung menjalanka­n operasi SAR di kawasan itu.

Hasil pemeriksaa­n di lokasi kejadian, dua kenderaan dipercayai milik mangsa ditemukan di pinggir hutan simpan berkenaan.

“SAR hari ini memberi tumpuan sekitar tempat mangsa dipercayai bergerak masuk serta mengesan jejak yang ada pada radius 2.2 kilometer,” katanya.

Beliau berkata bekas bungkusan makanan dalam plastik, kotak rokok kosong yang dipercayai lokasi mangsa berehat adalah satu petunjuk dalam usaha mengesan kesemua mangsa.

“Operasi kelmarin berjalan sehingga jam 5 petang dan terpaksa dihentikan ekoran cuaca gelap. Operasi SAR disambung semula pada jam 8 pagi tadi,” katanya.

Difahamkan, pasukan mencari dan menyelamat juga turut dibantu helikopter PDRM.

 ??  ?? SEMBILAN orang yang dijumpai selamat.
SEMBILAN orang yang dijumpai selamat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia