Utusan Borneo (Sabah)

Dua penyamun ditahan larikan wang, gelang tangan

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Dua penyamun lelaki adik beradik berjaya ditahan sepasukan polis selepas melarikan wang tunai RM200 dan gelang tangan pemilik kedai bernilai RM1,200 di sebuah kedai runcit di Salut Commercial Centre Jalan Sepanggar, di sini, 23 Jun lalu.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata suspek melakukan rompakan berkumpula­n terbabit jam 11.50 pagi dengan bersenjata­kan sebilah pisau dan menyamun pemilik kedai wanita berumur 28 tahun.

Katanya,ketikameny­amun, seorang daripada suspek memasuki kedai dengan memegang pisau manakala suspek lain menunggu dalam kereta bagi persediaan melarikan diri.

“Bertindak daripada maklumat diterima, gerakan mencari segera dilaksana dan kita berjaya menahan suspek pertama berumur 22 tahun di sebuah perumahan di Tuaran jam 1 pagi, dan merampas kereta Perodua Viva yang dipercayai digunakan ketika kejadian.

“Sejam kemudian, suspek kedua berumue 24 tahun yang juga abang kepada tangkapan pertama berjaya ditahan di Pekan Manggatal.

“Kedua-dua suspek didapati positif dadah jenis syabu dan direman sehingga 29 Jun ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, kelmarin.

Turut hadir Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Razarudin Husain dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah Datuk Salehuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata polis kini masih mengesan seorang lagi suspek yang dikenal pasti sebagai Norafil atau Apel, warga tempatan berumur 20 tahun yang juga dipercayai terbabit dalam kes samun berkumpula­n itu.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai orang yang dikehendak­i terbabit diminta segera menghubung­i pihak polis atau mengunjung­i balai polis berdekatan bagi membantu siasatan," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun atau sebat jika sabit kesalahan.

 ??  ?? NORAFIL @Apel dikehendak­i polis.
NORAFIL @Apel dikehendak­i polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia