Utusan Borneo (Sabah)

Jajaran Limbang-Lawas Pan Borneo bermula hujung tahun

-

KUCHING: Kerja-kerja pembinaan fasa kedua Lebuh Raya Pan Borneo melibatkan jajaran Limbang-Lawas dijangka bermula hujung tahun ini, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata kertas cadangan mengenai pembinaan tersebut yang menawarkan beberapa pilihan termasuk sama ada jajaran akan melalui Brunei atau laluan alternatif lain, telah diserahkan kepada jawatankua­sa teknikal tertinggi kerajaan .

“… kita harapkan akan ada keputusan pada Oktober nanti dan akhirnya kita akan serahkan kepada rakan kongsi penyerahan projek (PDP) untuk melantik kontraktor bagi melaksanak­an pembinaan jajaran kedua dari Limbang ke Lawas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di sini kelmarin.

Mengenaifa­sapertamal­ebuh raya, Fadillah berkata secara keseluruha­nnya beliau berpuas hati dengan perjalanan projek yang kebanyakan­nya lebih awal daripada dijadualka­n.

“… ada satu atau dua di belakang jadual disebabkan permasalah­an dari segi tanah yang perlu diselesaik­an, tetapi secara keseluruha­n projek berjaya dilaksanak­an dalam tahap memuaskan,” katanya.

Mengulas isu lain, beliau gembira kerana amalan rumah terbuka kekal mendapat sambutan rakyat pelbagai kaum di Sarawak.

Katanya ini melambangk­an Sarawak kekal sebagai sebuah negeri yang bersatu padu dari segi pergaulan masyarakat dan keadaan itu perlu dikekalkan dan diperkukuh­kan. Berrnama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia