Utusan Borneo (Sabah)

Pembanguna­n Sabah diutamakan

Rahman Dahlan adakan perbincang­an bersama Perdana Menteri dan KM Sabah

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Agenda pembanguna­n di Sabah akan dijadikan keutamaan memandangk­an negeri ini masih memerlukan banyak pembanguna­n.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, sebagai menteri bertanggun­gjawap terhadap Unit Perancang Ekonomi (EPU), pelbagai perbincang­an dengan Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah telah diadakan bagi pelaksanaa­n pembanguna­n di Sabah.

“Sabah masih memerlukan banyak pembanguna­n. Sejak saya diamanahka­n untuk menerajui EPU, pelbagai perbincang­an telah dilakukan mengenai soal kehendak dan keperluan pembanguna­n Sabah.

“Selama ini, terdapat beberapa projek besar sudah kita luluskan peruntukan­nya seperti pembesaran Lapangan Terbang Sandakan sebanyak RM80 juta, RM400 juta untuk menaiktara­f jalan di sekitar Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan RM29 juta untuk projek bekalan air bersih di Ranau,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di kediamanny­a, kelmarin.

Beliau turut berterima kasih kepada Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar merangkap Adun Karanaan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun kerana mengemukak­an masalah bekalan air di Ranau.

Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud berkata kehadiran yang ramai di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri adalah platform terbaik untuk semua pihak mengeratka­n lagi hubungan persaudara­an di antara satu sama lain.

Katanya rumah terbuka yang diadakan dapat mengumpulk­an masyarakat daripada semua peringkat untuk datang bersama-sama meraikan perayaan itu.

“Hari ini kita boleh nampak perasaan kekitaan dan persaudara­an berbilang kaum di Sabah yang nyata terpancar di setiap muka pengunjung yang datang.

“Pihak pembangkan­g juga hadir untuk bermesra dengan pemimpin kerajaan, suasana ini adalah lebih mesra di Sabah,” katanya.

Beliau berkata perasaan seumpamany­a perlu dikekalkan. Walaupun terdapat perbezaan dari segi fahaman politik, ekonomi dan kerajaan tetapi perlu mencari titik persamaan yang mana semua pihak mampu menyatupad­ukan masyarakat di Malaysia.

Turut hadir di majlis itu ialah Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Yahya Hussin, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak, Pengerusi Gerakan Sabah Datuk Gordon Leong, Pengerusi MIC Sabah Datuk V Jothi serta pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain.

Sabah masih memerlukan banyak pembanguna­n. Sejak saya diamanahka­n untuk menerajui EPU, pelbagai perbincang­an telah dilakukan mengenai soal kehendak dan keperluan pembanguna­n Sabah. DATUK SERI ABDUL RAHMAN DAHLAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 ??  ?? MUSA (dua kanan) menyerahka­n sumbangan kepada salah seorang penerima sambil diperhatik­an Rahman (tengah).
MUSA (dua kanan) menyerahka­n sumbangan kepada salah seorang penerima sambil diperhatik­an Rahman (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia