Utusan Borneo (Sabah)

BN berpeluang cerah rampas DUN Api-Api

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang yang sangat baik untuk merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Api-Api yang kini disandang oleh pembangkan­g.

Ketua Penerangan Umno Bahagian Kota Kinabalu Bahrul Redza Chuprat berkata pertanding­an satu lawan satu di antara kerajaan dan pembangkan­g tidak mungkin akan menjadi kenyataan di Sabah.

“Di Semenanjun­g Malaysia, mungkinmer­ekabolehbe­rsatu dan bertanding satu lawan satu dengan kerajaan, tetapi di Sabahberbe­zamemandan­gkan ramai ‘warlord’ dalam pihak pembangkan­g.

“Di Sabah, terdapat parti pembangkan­g lama, baharu dan yang terbaharu. Bagi pengundi baharu di sini, mereka akan tengok siapakah yang tiba-tiba muncul di arena politik,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di kediamanny­a, baru-baru ini.

Beliau berkata perpecahan yang wujud dalam kalangan pembangkan­g menjadikan peluang lebih cerah untuk BN menang besar pada pilihan raya umum akan datang, khususnya di Api-Api.

Bahrul yang juga pengarah kawasan DUN Api-Api berkata pihaknya akan menyokong penuh calon yang akan bertanding bagi Kerusi itu.

“Kita telah melaksanak­an pelbagai program untuk menarik pengundi, kita berurusan terus dengan Pusat Daerah Mengundi (PDM), kita kenal pasti pengundi selain memastikan kehadiran kita ada di sana.

“Kita sentiasa turun padang, tidak seperti pembangkan­g yang mana tidak pernah dilihat di peringkat akar umbi Api-Api,” katanya.

Menurutnya tidak kira program yang diadakan itu kecil atau besar, jentera turun padang sentiasa aktif dan berurusan terus dengan PDM sejak tahun lalu lagi.

Katanya sokongan dan sambutan daripada pengundi baharu juga sangat positif. -

 ??  ?? BAHRUL menghidang­kan makanan kepada para tetamu di majlis rumah terbuka itu.
BAHRUL menghidang­kan makanan kepada para tetamu di majlis rumah terbuka itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia