Utusan Borneo (Sabah)

Umno Kota Kinabalu sedia hadapi PRU

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Umno Kota Kinabalu sudah bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Kota Kinabalu DatukSeruj­iNawawiber­kata persiapan telah dilakukan lebih awal sebelum khabar angin mengatakan PRU akan diadakan sebelum raya.

“BagiUmno,kamimemang lebih awal bersedia sebelum desas-desus mengatakan PRU akan diadakan awal. Kita juga telah bersedia lebih awal untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas,” katanya.

Beliau yang juga pengarah Pusat Daerah Mengundi PDM DUN Likas meminta agar pengundi di PDM DUN Likas melihat kepimpinan Parti Tindakan Demokratik (DAP) di kawasan berkenaan sebelum ini.

“Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Likas Junz Wong bukan menang atas kapasiti individu tetapi beliau menang atas kapasiti parti DAP.

“Sekarang ini beliau sudah berpindah ke parti Warisan dan saya ingat tidak ada tempat bagi beliau dalam PRU akan datang.

“Saya minta pengundi DUN Likas agar melihat ketika Junz menang pada PRU lalu. Apakah yang telah beliau lakukan selepas kemenangan­nya?” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamanny­a di sini, Isnin lalu.

Sementara itu, Seruji yang juga pengerusi Masjid Jamek Kampung Likas menyifatka­n sambutan Hari Raya di Sabah diraikan dengan penuh meriah.

“Kalau di Sabah, sambutan Hari Raya sangat meriah kerana bukan sahaja masyarakat beragama Islam yang merayakann­ya tetapi pelbagai kaum seperti Cina dan Kadazandus­un.

“Kalau dilihat, di mana sahaja ada perayaan, kita akan lihat kepelbagai­an kaum ini sama-sama meraikan majlis yang diadakan.

“Di Sabah, Hari Raya bukan hanya untuk orang Islam tetapi ia untuk keseluruha­n rakyat Sabah,” katanya.

Turut hadir memeriahka­n majlis itu ialah Menteri Tugas-tugas Khas Datuk Teo Chee Kang dan Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat DUN Likas Dexter Lim Ming Guan.

 ??  ?? SERUJI (tengah) menghidang­kan kuih raya kepada Teo (duduk, dua kiri) dan tetamu yang lain.
SERUJI (tengah) menghidang­kan kuih raya kepada Teo (duduk, dua kiri) dan tetamu yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia