Utusan Borneo (Sabah)

Pusat beli-belah di KK lengang

Ramai warga kota meneruskan amalan berziarah pada hari ketiga Syawal

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Keadaan di sekitar pusat beli-belah Kota Kinabalu di hari ketiga Syawal masih kelihatan lengang.

Pegawai Perkhidmat­an Pendidikan Afieana Ruji, 25, berkata keadaan lengang di pusat belibelah sekitar bandaraya mungkin disebabkan amalan kunjung mengunjung dalam masyarakat Kota Kinabalu masih tinggi.

“Sejak pagi tadi, saya mengambil peluang untuk berjalan-jalan sementara cuti persekolah­an ini dan apa yang saya lihat, beberapa pusat beli-belah di Kota Kinabalu ini agak lengang.

“Apa yang dapat saya simpulkan mungkin adat atau budaya mengunjung­i rumah terbuka ahli keluarga mahupun sahabat handai itu masih utuh dalam diri masyarakat kita.

“Sebab itulah tidak ramai yang keluar mengunjung­i pusat beli-belah,” katanya ketika ditemui di sini kelmarin.

Beliau hanya melihat segelintir masyarakat tempatan berjalan-jalan di pusat beli-belah.

“Kalau kita lihat, pengunjung di premis belibelah lebih kepada pelancong asing tetapi, masih boleh dikira kerana tidak terlalu ramai yang ada di sini,” katanya.

Sementara itu, Ray Dezley Alverez Linus, 23, berkata keadaan pusat beli-belah sekitar Kota Kinabalu pada hari ketiga Syawal memang sangat lengang daripada hari biasa.

“Kebiasaann­ya, puast belibelah akan dipenuhi orang ramai namun pada Hari Raya ini sangat berbeza yang mana hanya seorang dua sahaja yang ada di depan mata.

“Mungkin dalam beberapa hari lagi, keadaan lengang ini akan kembali seperti rutin biasa di sini. Lagipun, pada hari ini (kelmarin) masih ramai yang bercuti,” jelasnya.

Tambahnya untuk bergerak ke premis atau pusat belibelah yang lain juga mudah kerana keadaan trafik juga agak lengang.

“Walaupun mungkin ada sedikit sesak tetapi masih di bawah keadaan hari biasa yang mana tidak banyak kereta berada di sekitar bandaraya,” katanya.

Apa yang dapat saya simpulkan mungkin adat atau budaya mengunjung­i rumah terbuka ahli keluarga mahupun sahabat handai itu masih utuh dalam diri masyarakat kita. Sebab itulah tidak ramai yang keluar mengunjung­i pusat beli-belah AFIEANA RUJI, 25 Pegawai Perkhidmat­an Pendidikan

 ??  ?? RAY
RAY
 ??  ??
 ??  ?? SEBILANGAN orang yang mengunjung­i pusat beli-belah sekitar Kota Kinabalu.
SEBILANGAN orang yang mengunjung­i pusat beli-belah sekitar Kota Kinabalu.
 ??  ?? KEADAAN lengang di Wisma Merdeka.
KEADAAN lengang di Wisma Merdeka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia