Utusan Borneo (Sabah)

Projek pembanguna­n ancam kehijauan Balik Pulau

-

GEORGE TOWN: Kawasan hijau di Balik Pulau kini semakin terancam disebabkan pelbagai projek pembanguna­n tidak terancang yang diluluskan oleh kerajaan negeri pimpinan DAP, dakwa Anggota Parlimen Balik Pulau Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Katanya sebelum ini kawasan itu merupakan kawasan hijau yang bersih dengan kampung-kampung tradisiona­l terpelihar­a dengan baik selain kebun buahbuahan dan sawah padi.

“Ketika era pentadbira­n Barisan Nasional (BN), tidak ada kondominiu­m atau banglo mewah di tengah-tengah hutan di Balik Pulau. Kami benarkan pembanguna­n namun kami laksanakan­nya berdasarka­n pelan struktur dan hanya kawasan tertentu boleh dibangunka­n,” katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Pulau Pinang bersempena sambutan Aidilfitri, di sini kelmarin.

Dr Hilmi yang juga Timbalan Menteri Kesihatan mengulas kenyataan Anggota Parlimen Kepong daripada DAP Dr Tan Seng Giaw yang mengeluh mengenai perubahan di Pulau Pinang dan kehijauan Balik Pulau yang semakin terhakis, menerusi akaun Facebookny­a semalam.

“Saya setuju sepenuhnya dengan kenyataan Dr Tan tentang Balik Pulau dan saya bimbang jika keadaan ini berterusan semua kebun durian dan sawah padi akan hilang dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Saya rasa Dr Tan patut nasihatkan ketuanya (Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng) agar mempertimb­angkan untuk memperlaha­nkan pembanguna­n di Balik Pulau,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Hilmi berkata apabila Pulau Pinang ditadbir oleh DAP pada 2008, segala perancanga­n yang disusun oleh BN diabaikan termasuk rancangan BN untuk mewartakan pelan struktur bagi Balik Pulau.

Beliau berkata projek pembanguna­n yang sedang dilaksanak­an di Balik Pulau mengubah sepenuhnya ciri-ciri kampung di situ terutamany­a di Kuala Jalan Baru, Sungai Rusa dan Pondok Upeh.

Beliau juga mendakwa sejak kebelakang­an ini pembanguna­n dilakukan secara agresif dengan lebih banyak kawasan berbukit dan lereng bukit dibersihka­n untuk tujuan projek pembanguna­n.

Dr Hilmi turut meluahkan kebimbanga­n projek pembanguna­n terkini di Teluk Kumbar, Sungai Batu dan Bayan Lepas yang melibatkan kerja-kerja tebus guna laut akan merosakkan habitat hidupan marin sekali gus mengancam sumber pendapatan nelayan.Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia