Utusan Borneo (Sabah)

Kempen kesedaran perlu untuk lapor kemalangan industri

-

KUALA LUMPUR: Satu kempen kesedaran di seluruh negara perlu dilakukan bagi melaporkan­setiapkema­langan di tempat kerja khususnya dalam sektor pembinaan, kata Pengerusi Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye.

Beliau berkata agensi kerajaan seperti NIOSH dan Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) memerlukan data yang lengkap dan tepat untuk membantu merangka strategi serta program latihan bagi mengurangk­an kemalangan industri.

“Walaupun wajib bagi majikan melaporkan kes sedemikian di bawah Akta Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994, ramai majikan masih tidak menyedari hal ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Seksyen 51 OSHA dan Peraturan 13 Peraturan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan 2004 menetapkan hukuman atas kegagalan melapor dan menyimpan rekod kemalangan di tempat kerja.

Penalti untuk kesalahan itu ialah denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara maksimun setahun atau kedua-duanya.

Lee juga berkata secara purata, bilangan kemalangan yang dilaporkan kepada Pertubuhan Keselamata­n Sosial (Perkeso) adalah 10 kali ganda lebih tinggi daripada yang dilaporkan kepada DOSH setiap tahun.

Satukajian­bertajuk‘Industri Pembinaan Malaysia: Trend Kemalangan Pekerjaan dari tahun 2006 hingga 2015’ yang diterbitka­n dalam Jurnal Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan 2016 menyatakan bahawa jumlah kes yang disiasat oleh DOSH adalah rendah.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia