Utusan Borneo (Sabah)

Anak warga Indonesia perlu dapat pendidikan sewajarnya

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) Kota Kinabalu menyeru warga Indonesia yang bekerja di Sabah memastikan anak-anak mereka menerima pendidikan yang sewajarnya.

Konsul Jenderal Akhmad DH Irfan berkata pendidikan itu penting kepada anak mereka bagi memastikan masa depan yang baik.

“Saya juga ingin mengingatk­an semula kepada semua warga Indonesia yang berkahwin di Sabah agar mendaftark­an perkahwina­n mereka berdasarka­n undangunda­ng sedia ada.

“Terdapat sekurangku­rangnya 40,000 warga Indonesia yang kini bekerja di Sabah dan kebanyakan bekerja di ladang sawit.

“Oleh itu, terdapat keluarga dan anak mereka perlu diberikan pendedahan pendidikan, dan terdapat juga sesetengah pekerja yang berkahwin tetapi tidak berdasarka­n undang-undang sedia ada,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di kediaman rasmi KJRI Kota Kinabalu, baru-baru ini.

Beliau berkata pihaknya telah melaksanak­an pelbagai program untuk membantu kebajikan warga Indonesia di Sabah.

“Kita telah menyediaka­n sekolah kepada anak-anak mereka, dan kepada mereka yang sudah berkahwin, kita juga telah menyediaka­n tempat pendaftara­n dari semasa ke semasa.

“Perkahwina­n yang diadakan secara tradisiona­l itu perlu didaftarka­n secara rasmi agar tidak mewujudkan sebarang kekeliruan di masa hadapan dari segi proses dokumentas­i,” katanya.

Akhmadturu­tmengucapk­an Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga Indonesia yang bekerja di Sabah.

Turut hadir di majlis itu ialah Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dan isteri Datin Seri Faridah Tussin, Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun serta tetamu kehormat yang lain.

 ??  ?? JUHAR (tengah) dan Norlidah (dua kanan) bersama Akhmad (dua kiri) di majlis rumah terbuka itu.
JUHAR (tengah) dan Norlidah (dua kanan) bersama Akhmad (dua kiri) di majlis rumah terbuka itu.
 ??  ?? AKHMAD (lima kanan), Masidi (enam kanan) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan.
AKHMAD (lima kanan), Masidi (enam kanan) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia