Utusan Borneo (Sabah)

PI1M bantu usahawan luar bandar kembangkan perniagaan

-

KOTA BHARU: Seorang pengusaha perkhidmat­an salun dan spa Muslimah, Yusmaria Zawawi, 31, memanfaatk­an sepenuhnya kemudahan capaian internet jalur lebar berkelajua­n tinggi untuk melonjakka­n perniagaan­nya.

Walaupun menjalanka­n perniagaan di Bukit Bunga, Tanah Merah yang dianggap kawasan luar bandar, ia tidak menghalang usahanya untuk mencari pelanggan dengan adanya kemudahan perniagaan digital.

Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) merupakan projek kerajaan dan inisiatif Surhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyediaka­n perkhidmat­an internet jalur lebar berkelajua­n tinggi dan perhidmata­n Wi-Fi.

“Saya memulakan perniagaan ini sejak awal Januari lalu dan kini menerima kehadiran 10 hingga 15 pelanggan setiap hari,” katanya kepada Bernama.

Beliau memperoleh geran RM10,000 daripada Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) melalui program eUsahawan untuk memulakan perniagaan itu.

Yusmaria, yang tinggal di Ayer Lanas, Jeli, berkata PI1M menyediaka­n kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terkini seperti komputer dan perisian, perkhidmat­an faks, pencetak, program latihan ICT dan pembanguna­n modal insan.

“Premis saya terletak bersebelah­an dengan PI1M di Bukit Bunga. Saya menggunaka­n kemudahan di pusat ini yang menyediaka­n capaian internet yang laju untuk mempromosi­kan perniagaan secara dalam talian dan ia amat berkesan,” katanya.

Beliau kini merancang memperluas perniagaan­nya kepada penjualan produk kecantikan khusus untuk kegunaan wanita Islam.

Yusmaria adalah antara ribuan pengguna PI1M di Kelantan yang setakat ini mempunyai 69 pusat Internet seumpama itu.

Jajahan Gua Musang mempunyai PI1M paling banyak iaitu 12 diikuti Tanah Merah (8), Bachok (8), Kuala Krai (7), Jeli (7), Kota Bharu (7), Pasir Puteh (6) Tumpat (5), Pasir Mas (5), dan Machang (4).-Bernama

 ??  ?? HADIR RUMAH TERBUKA: Adun Sekong Datuk Samsudin Yahya dan Datin Junaidah Aji antara kenamaan yang hadir di Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Ketua Menteri Bersama Jemaah Menteri Sabah di Kompleks Sukan Kota Kinabalu, Likas, Isnin lepas.
HADIR RUMAH TERBUKA: Adun Sekong Datuk Samsudin Yahya dan Datin Junaidah Aji antara kenamaan yang hadir di Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Ketua Menteri Bersama Jemaah Menteri Sabah di Kompleks Sukan Kota Kinabalu, Likas, Isnin lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia