Utusan Borneo (Sabah)

Indonesia ambil langkah sistematik atasi masalah jerebu

-

KUCHING: Kerajaan Indonesia telah memberi jaminan bahawa masalah pencemaran jerebu merentas sempadan akan berakhir menjelang tahun 2020 berikutan tindakan sistematik diambil oleh pihak berkuasa negara tersebut.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata negara itu telah menandatan­gani persetujua­n pelan hala tuju untuk menjadikan rantau ASEAN Bebas Jerebu menjelang 2020.

“Saya telah banyak mengadakan perbincang­an dengan pihak Indonesia di pelbagai peringkat, iaitu di provinsi (wilayah) hingga peringkat negara di Jakarta,” kata kepada pemberita semasa menghoskan majlis rumah terbuka Aidilfitri di sini, kelmarin.

Beliau berkata antara langkah yang diambil oleh kerajaan Indonesia termasuk menubuhkan pasukan petugas dianggotai oleh 3,000 anggota polis dan tentera negara itu bagi tujuan pemadaman kebakaran hutan.

Di samping itu, katanya, negara itu turut menubuhkan sebuah jabatan untuk menyelaras­kan kerja-kerja pemadaman kebakaran hutan, selain menubuhkan pusat pemantauan di Jakarta untuk memberi maklumat terkini mengenai kebakaran hutan.

Wan Junaidi berkata pihak Indonesia juga telah menarik balik lebih 2,000 konsesi untuk tanaman kelapa sawit di atas tanah gambut di negara berkenaan, yang dijangka dapat mengurangk­an insiden kebakaran di hutan di negara itu.

Katanya, sebuah syarikat perladanga­n dari Sarawak turut terbabit dalam kebakaran hutan di Indonesia, justeru, beliau telah mengadakan perjumpaan dengan wakil-wakil Persatuan Peladangan Indonesia bagi mengelak kegiatan seperti itu serta mencari jalan bagi mengatasi masalah pencemaran jerebu.

Sementarai­tu,beliaumemi­nta pengusaha ladang kelapa sawit di negeri ini tidak melakukan pembakaran terbuka berikutan musim panas.

“Kita tidak mahu apa yang berlaku di ladang sawit di Baram tahun lepas berulang lagi sehingga menyebabka­n keadaan berjerebu yang teruk di negeri ini,” katanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia