Utusan Borneo (Sabah)

BEBC Tawau sedia ambil langkah proaktif wujudkan AEC

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Majlis Perniagaan Malaysia (BEBC) Kawasan Pertumbuha­n Asean TimurBrune­i Indonesia, Malaysia dan Filipina (BIMP-EAGA) bersedia mengambil langkah proaktif selaras semangat Asean ke arah mewujudkan Komuniti Ekonomi Asean (AEC).

Pengerusi BEBC Tawau Ahdie Dodds berkata Sabah BIMP-EAGA Traders Associatio­n (Beta) juga bersedia memberikan komitmen serupa untuk menjayakan hasrat berkenaan.

“Kita optimis untuk mewujudkan 3T’s Economic Developmen­t Zone dan merancakka­n hubungan dagang Tawau (Malaysia), Tarakan (Indonesia) dan Tawi-Tawi (Filipina),” katanya.

Dalam kenyataan medianya di sini, kelmarin, beliau berkata tempoh penutupan aktiviti dagangan Sabah-Filipina yang sudah menjangkau lebih setahun, disifatkan sebagai melumpuhka­n hubungan dagang antara kedua-dua wilayah.

Menurutnya rombongan BEBC Tawi-Tawi yang datang ke Tawau pada 17 Jun lepas juga ada memberitah­unya bahawa mereka kini mencari laluan dagang yang baharu.

Ahdie berkata pertemuan itu dihadiri Beta Sabah, Internatio­nal Alert, Bangsamoro Women Associatio­n (MinDA), Mindanao Developmen­t Authority serta BEBC TawiTawi yang dipengerus­ikan Dr Aldrin Q Ibbo.

“Kita dimaklumka­n mereka sedang menilai Nunukan, Tarakan dan Tanjung Selor di Kalimantan Utara berikutan kesukaran untuk mereka berdagang dengan Sabah,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata kewujudan 3T’s kelakdihar­apmampumen­jadi satu permulaan baharu untuk memperkasa­kan dagangan antara tiga wilayah bersempada­n.

Katanya, BEBC Tawau menyambut baik usaha Kerajaan Pusat yang meluluskan hubungan darat baharu yang akan dibuka melalui Serudong Kalabakan dan Simanggari­s.

“Namun, kerajaan juga perlu mengambil kira hubungan dagangan laut yang sudah wujud semenjak sekian lama yang perlu terus dijaga dan ditambah baik dengan polisi mesra.

“Impaknya begitu besar kepada sosioekono­mi di wilayah-wilayah sempadan antara ketiga-tiga negara khususnya kita di Tawau yang berada di tengahteng­ah,” katanya.

 ??  ?? AHDIE(kiri) mewakili BEBC Tawau dan Beta menyerahka­n cenderamat­a kepada rombongan dagang dari Tawi-Tawi, Filipina yang diwakili Aldrin (kanan).
AHDIE(kiri) mewakili BEBC Tawau dan Beta menyerahka­n cenderamat­a kepada rombongan dagang dari Tawi-Tawi, Filipina yang diwakili Aldrin (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia