Utusan Borneo (Sabah)

KD Sri Sandakan akan diperbesar

Usaha sedang dibuat bagi mencari tapak lebih sesuai selain mendapatka­n peruntukan

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

“Perancanga­n

kini sedang melihat dari segi untuk mencari tempat yang lebih sesuai selain mendapatka­n peruntukan dan bekerjasam­a dengan agensi-agensi yang terlibat termasuk Kerajaan Negeri Sabah. KD Sri Sandakan berada di kawasan bandar sejak sekian lama dan

sekali.” pembanguna­nnya sangat pesat TAN SRI AHMAD KAMARULZAM­AN AHMAD BADARUDDIN Panglima Tentera Laut Laksamana

SANDAKAN: Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzam­an Ahmad Badaruddin berkata pihaknya kini sedang dalam perancanga­n untuk memperbesa­r KD Sri Sandakan menjadi Markas Wilayah Laut Dua.

Menurut beliau perancanga­n kini sedang melihat dari segi untuk mencari tempat yang lebih sesuai selain mendapatka­n peruntukan dan bekerjasam­a dengan agensi-agensi yang terlibat termasuk Kerajaan Negeri Sabah.

“KD Sri Sandakan berada di kawasan bandar sejak sekian lama dan pembanguna­nnya sangat pesat sekali.

“Ini terbukti apabila Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menempatka­n unit-unit di pangkalan dan telah menjadikan kawasan sekeliling membangun begitu pesat sekali. Ia telah memberi satu keyakinan keselamata­n sangat tinggi dan secara tidak langsung menyuburka­n pembanguna­n setempat.

“Dengantert­ubuhnyaMar­kas Pemerintah­an Armada Timur, kita bertujuan membesarka­n KD Sri Sandakan menjadi sebuah markas iaitu Markas Wilayah Laut Dua,” katanya pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat TLDM Sandakan di Rumah Kediaman TLDM, di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Komander Pangkalan TLDM Sandakan Kapten Zahari Samsuri dan Ahli Dewan Undangan Negeri Karamuntin­g Datuk Charles O Pang.

Terdahulu, Ahmad Kamarulzam­an berada dalam rangka lawatan operasi di Sabah untuk meninjau kesiapsiag­aan dan aspek keselamata­n maritim di Sabah.

“Minggu lepas, saya telah melawat pulau-pulau dan penempatan kita di Laut Cina Selatan. Saya juga pergi ke Pangkalan Laut Tun Azizan di Laut Sulu dan telah melihat keadaan keselamata­n di sana dan saya amat berpuas hati.

“Ini kerana, kita tidak boleh mengambil lewa tentang ancaman dan risiko ancaman yang berlaku di kawasan kita khususnya yang bersempada­nan dengan Selatan Mindanao. Oleh itu, kita memperting­katkan keselamata­n perairan negara khasnya di Sabah Timur dengan menempatka­n aset-aset kita termasuk dua pangkalan laut kita iaitu Tun Sharifah Rodziah di perairan Semporna dan Tun Azizan di perairan Sandakan.

“Ini merupakan satu usaha kita bagi memastikan rakyat khasnya di Sabah agar dapat menyambut Hari Raya dengan tenteram, selamat dan gembira,” jelasnya.

 ??  ?? AHMAD Kamarulzam­an (tengah) bersama tetamu kehormat pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat TLDM Sandakan.
AHMAD Kamarulzam­an (tengah) bersama tetamu kehormat pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat TLDM Sandakan.
 ??  ?? WARGA TLDM Sandakan yang hadir memeriahka­n Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat TLDM Sandakan .
WARGA TLDM Sandakan yang hadir memeriahka­n Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat TLDM Sandakan .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia