Utusan Borneo (Sabah)

Op Selamat: 7,012 saman dikeluarka­n di Terengganu

-

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 7,012 saman dikeluarka­n kepada pengguna jalan raya dalam tempoh lapan hari Op Selamat ke-11 di Terengganu.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkua­saan Trafik Negeri, Supt Abd Razak Hasan berkata daripada jumlah itu, sebanyak 5,453 saman dikeluarka­n menerusi kamera had laju manakala 1,559 saman dikeluarka­n secara terus kepada mereka yang dikesan pernah melakukan kesalahan sebelum ini.

“Statistik tersebut menunjukka­n sedikit penurunan berbanding tahun lepas yang mana sebanyak 6,699 saman dikeluarka­n menerusi kamera had laju manakala 1,188 melalui saman dan tahan,” katanya kepada Bernama.

Jelasnya antara kesalahan paling tinggi dikesan ialah had laju, tiada lesen memandu dan halangan lalu lintas.

Menurutnya menerusi Op Selamat itu juga, sebanyak 344 kes kemalangan telah direkodkan melibatkan 11 kematian daripada sembilan kes kemalangan maut dan daerah Kuala Terengganu mencatatka­n jumlah tertinggi iaitu sebanyak 96 kes, diikuti Kemaman sebanyak 75 kes dan Dungun 62 kes.

Abdul Razak berkata sepanjang musim perayaan ini juga pihaknya berjaya mengatasi kesesakan lalu lintas berbanding tahun sebelum ini, hasil daripada pelbagai strategi dan inisiatif di beberapa lokasi yang sering berlaku kemalangan.

Selain itu, pihaknya juga memberikan tumpuan kepada laluan keluar Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) antaranya di Chukai (Kemaman), Paka (Dungun), Ajil (Hulu Terengganu) dan Gemuruh (Kuala Terengganu).

“Saya bersama 200 anggota dan pegawai trafik sama-sama turun padang dengan melakukan rondaan, kawalan dan membantu pengguna jalan raya yang mengalami masalah seperti kereta rosak dan sebagainya.

“Perbezaan ini sangat ketara dan kita juga tidak menerima sebarang rungutan dan aduan daripada orang awam yang mengalami kesesakan teruk kali ini...kehadiran anggota juga dapat membendung gejala memotong barisan dan melanggar lampu isyarat,” katanya.Bernama

 ??  ?? LAYAN TETAMU: Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed (dua, kiri) bersama isteri Datin Seri Kamarzan Ahmad Meah (kiri) melayan tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamanny­a di Darul Falah, Jeli...
LAYAN TETAMU: Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed (dua, kiri) bersama isteri Datin Seri Kamarzan Ahmad Meah (kiri) melayan tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamanny­a di Darul Falah, Jeli...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia