Utusan Borneo (Sabah)

Semadang tarik ramai pelancong

-

KUCHING: Sungai Semadang, dari Kampung Semadang ke Kampung Danu di bahagian hulu sungai itu, kini semakin popular sebagai tempat yang sesuai untuk sukan air dan aktiviti luar seperti mendaki.

Dua kampung berkenaan, kira-kira 40 kilometer dari sini di Jalan Puncak Borneo, adalah kediaman bagi masyarakat Bidayuh dan mempunyai persamaan dari segi produk pelanconga­n iaitu sungai jernih yang terdapat banyak ikan, gua yang cantik serta kawasan berhutan.

Ketua Kampung Semadang, Samson Mangang berkata terdapat banyak potensi untuk membangunk­an kampung itu sebagai destinasi pelanconga­n popular.

“Sebagai contoh, aktiviti kayak adalah produk pelanconga­n popular yang menarik kedua-dua pelancong tempatan dan asing, khususnya semasa hujung minggu,” katanya.

Beliau berkata penerokaan gua juga merupakan satu lagi aktiviti menarik kerana terdapat empat atau lima gua di sekitar kampung itu.

Samson berkata kampungnya dan Kampung Danu menyertai Sistem Tagang iaitu pemulihara­an ikan di beberapa kawasan di Sungai Semadang yang mana memancing adalah dilarang.

Memancing di kawasan itu hanya dibenarkan sekali setahun iaitu ketika acara tahunan Tagang Sungai Semadang@Festival Memancing, yang dimulakan pada 2015 dan menarik ribuan pengunjung.

Karnival Kebudayaan Bengoh dan Safari Rakit Padawan adalah satu lagi acara tahunan yang menarik ramai pengunjung.

Samson berkata perniagaan inap desa juga terdapat di dua kampung berkenaan iaitu empat kemudahan inap desa di Kampung Semadang dan satu di Kampung Danu yang telah menjadi tuan rumah kepada ratusan pelancong tempatan dan luar negara.

Mengulas mengenai Sistem Tagang, beliau berkata ia merupakan projek pemulihara­an ikan yang paling berjaya. Ia diperkenal­kan kepada penduduk kampung oleh Jabatan Pertanian Sarawak pada 2007.

“Sungai Semadang dianggap sesuai untuk sistem itu kerana ia menempatka­n beberapa spesies ikan yang bernilai tinggi,” kata Samson dan menambah sungai itu akan ditambah dengan ikan setiap tahun bagi menyediaka­n bekalan protein yang mencukupi untuk orang kampung.

“Penangkapa­n dilakukan secara bertanggun­gjawab. Kesemua ikan kecil dan bersaiz untuk pembiakan dilepaskan semula ke dalam air untuk memastikan kelangsung­an hidup hidupan laut itu,” katanya.

Sistem Tagang memastikan penduduk kampung menjaga kawasan sungai yang paling dekat dengan mereka. Mereka adalah penjaga dan pelindung sungai itu kerana mereka juga tidak membenarka­n sesiapa untuk menangkap ikan atau meletakkan jaring di dalam sungai itu.

Samson berkata aktiviti lain turut diadakan semasa Tagang Sungai Semadang@Festival Memancing seperti pertanding­an Ratu Cantik Tagang, perlumbaan kayak dan peraduan memasak.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia