Utusan Borneo (Sabah)

Empat rumah, dua kereta, 12 motosikal musnah dalam kebakaran

-

SUNGAI PETANI: Sebanyak empat buah rumah, dua buah kereta dan 12 motosikal musnah dalam kebakaran di Taman Ria dekat sini, tengah malam kelmarin.

Pegawai Perhubunga­n Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Kedah, Penguasa Bomba Mohamad Mustakim Mukhtar berkata, bomba menerima panggilan pada 12.58tengahma­lamdanjent­era pertama tiba di lokasi kira-kira 10 minit kemudian.

“Api sedang marak sewaktu bomba tiba dan memusnahka­n empat buah rumah teres kos rendah kelas A (satu tingkat), dua buah kereta dan 12 buah motosikal.

“Bomba menggunaka­n lima pancutan air daripada jentera bomba, bagi memadam dan mengawal kebakaran di bahagian hadapan dan belakang, daripada terus merebak,” katanya menerusi kenyataan media kelmarin.

Kebakaran itu mengakibat­kan rumah pertama terbakar 20 peratus, rumah kedua (90 peratus), rumah ketiga (50 peratus) dan keempat lima peratus terbakar.

Turut musnah ialah dua motosikal jenis Yamaha LC dan Honda EX5 di rumah pertama, sebuah kereta jenis Kia Sephia dan sembilan buah motosikal jenis Suzuki RG, Vespa, Yamaha Y15 dan Modenas Kriss di rumah kedua.

“Sebuah kereta jenis Proton Wira dan sebuah motosikal jenis Honda EX5 Class turut terbakar 95 peratus,” katanya.

Mohamad Mustakim berkata, tiada mangsa yang cedera dan api dapat dikawal pada pukul 1.23 pagi kelmarin.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan, katanya.

Operasi memadam dan mengawal kebakaran itu melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani dan BBP Tikam Batu dengan kekuatan 16 pegawai dan anggota, serta dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Sungai Petani.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia