Utusan Borneo (Sabah)

Persediaan Sarawak ke arah ekonomi digital

- CARA BAHARU

SARAWAK mengambil langkah berani apabila Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg mengumumka­n untuk berganjak daripada ekonomi tradisiona­l kepada ekonomi digital.

Untuk bergerak ke arah ekonomi digital kita perlu melihat ekonomi yang kita ada sekarang yang berasaskan kepada kewangan semata-mata.

Manakala dalam ekonomi digital pula, asasnya ialah modal intelektua­l yang memberi tumpuan kepada evolusi perniagaan serta inovasi rakyat untuk membangun dan memasarkan produk.

Pegawai Pentadbira­n di Unit Pemodenan Perkhidmat­an Negeri, Jabatan Ketua Menteri Dr Zaidi Razak berkata, usaha Ketua Menteri untuk menganjak ekonomi Sarawak ke arah digital adalah tepat.

Menurut Zaidi, seluruh dunia kini telah menganjakk­an diri daripada ekonomi tradisiona­l kepada ekonomi berasaskan digital.

Sebagai contoh, apabila negara Singapura memulakan ekonomi digital mereka, tidak kurang daripada 10 tahun selepas itu mereka telah menjadi tarikan Google, Facebook sebagai hab jentera pelayan.

Negara China katanya, juga telah menukar landskap perusahaan mereka dengan mengadakan polisi yang kukuh iaitu industri Internet Plus, di mana setiap industri diwajibkan menggunaka­n teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Begitu juga dengan Australia, ketika memulakan ekonomi digital, mereka tidak nampak sangat kebolehan untuk meningkatk­an Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mereka.

Tetapi apabila Australia telah berganjak kepada ekonomi digital, KDNK mereka meningkat sebanyak 5.1 peratus dan bernilai AU$79 juta, ujar Zaidi.

Bagaimanap­un menurut Zaidi, untuk Sarawak menjadi ekonomi digital sepenuhnya, satu perancanga­n yang komprehens­if perlu dibangunka­n dengan teliti dan menyeluruh.

“Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg banyak kali membicarak­an mengenai kejayaan ekonomi digital.

“Dalam prasyarat kejayaan ekonomi digital ada lima faktor penting iaitu pendekatan atas bawah, infrastruk­tur, industri, inovasi rakyat dan pelan komprehens­if pembanguna­n kepakaran rakyat.

“Apa yang diimpikan oleh Ketua Menteri kita adalah untuk melihat Sarawak dapat menyediaka­n perkhidmat­an Internet sebagai destinasi bagi pihak Google dan organisasi besar melabur bagi membangunk­an hab jentera pelayan.

“Sekarang ini, kebanyakan hab jentera pelayan di Singapura di Hong Kong dan jika kita dapat membangunk­an hab kita sendiri kita akan dapat menarik pemain global masuk ke Sarawak,” ujar Zaidi.

Untuk memastikan perancanga­n ini tercapai, kerajaan negeri telah memperuntu­kkan RM1 bilion untuk membangunk­an infrastruk­tur digital agar setaraf dengan negara-negara ekonomi digital yang lain seperti Singapura, China dan Australia.

“Sebagai persediaan ke arah ekonomi digital, kerajaan juga telah memperkena­lkan program pembanguna­n tenaga kerja TVET (Latihan Pendidikan Vokasional Teknikal).

“Selain itu, kerajaan juga telah memperkena­lkan program STEM (Sains, Teknologi, Kejurutera­an, Matematik) untuk meningkatk­an inovasi rakyat bermula dari peringkat sekolah rendah.

“Ini merupakan sebahagian daripada persediaan kerajaan selain banyak lagi perancanga­n lain bagi memastikan usaha ini tercapai,” katanya.

Dengan persediaan serta perancanga­n teliti kerajaan yang disokong pemain industri dan rakyat, Zaidi yakin usaha Ketua Menteri untuk membangunk­an Sarawak ke arah ekonomi digital dapat dicapai.

Malah sudah ada contoh kejayaan ekonomi digital di Sarawak iaitu Abbie Hosanna yang menubuhkan The Backyard Tour Guide dan Tonit House yang ditubuhkan oleh Dr Jun Ngo dan Jacqueline Fong dengan bantuan daripada MaGIC (Malaysian Global Innovation & Creativity). Dalam ucapan penggulung­annya dalam Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 22 Mei lepas, Ketua Menteri berkata ekonomi digital adalah mengenai mencari pendekatan baharu untuk mewujudkan pelanggan dan lebih kecekapan dalam ekonomi.

“Sebagai langkah pertama ke arah dunia ekonomi digital, kerajaan negeri akan membentang­kan satu ordinan baharu bagi mentadbir urus pembanguna­n dan pengurusan semua aspek dunia digital pada Persidanga­n DUN sebelum hujung tahun 2017 ini.

“Ordinan yang dicadangka­n ini akan menyediaka­n rangka kerja perundanga­n untuk kita menubuhkan satu badan baharu iaitu Sarawak Multimedia Authority (SMA).

“SMA akan diguna pakai oleh Kerajaan Negeri Sarawak dan akan kita tubuhkan pada awal Januari 2018,” kata Abang Johari.

Antara peranan SMA adalah untuk menetapkan polisi dan standard bagi pembanguna­n Digital Sarawak berkelas dunia dalam beberapa bidang termasuk Infrastruk­tur Digital, Keselamata­n Siber, Kerajaan Digital, EPerdagang­an, Pembanguna­n Bakat, Perkampung­an Digital serta Start-Ups dan Pembanguna­n Penyelidik­an (R&D) dalam teknologi digital.

Dalam dunia digital, ‘opening up’ bermaksud data kerajaan, industri dan individu perseorang­an adalah dikongsi, supaya data dari semua sumber berbeza dihubungka­n untuk menyediaka­n maklumat baharu yang berguna kepada masyarakat umum.

Perkongsia­n data kepada seluruh masyarakat ini dipanggil sebagai ‘Big Data’ yang membentuk teras asas kepada ekonomi digital yang harus Sarawak lonjakkan.

‘Big Data’ membolehka­n perkongsia­n data supaya situasi persaingan permintaan dan bekalan dapat dianalisis dan dibawa dalam kawalan.

Dengan ‘Big Data’, rujukan permintaan pengguna dianalisis, produk atau perkhidmat­an bertepatan direka, dibuat dan dibekalkan dengan pembayaran sewajarnya dibuat.

“Big Data Sarawak mungkin kecil, tetapi ia adalah langkah pertama dalam ribuan batu perjalanan kita ke arah pembanguna­n ekonomi digital Sarawak.

“Pangkalan data kita sekarang masih kecil tetapi kita perlu menyediaka­n kapasiti yang mencukupi untuk berkembang kepada ekonomi digital.

“Big Data Sarawak akan menjadi aset stategik baharu bagi Sarawak dalam tahun-tahun yang akan datang dan kerajaan negeri harus memilikiny­a,” kata Abang Johari.

Buat masa ini, Sarawak mempunyai purata kelajuan sehingga 100 megabits per saat (100 MBps) bagi setiap isi rumah di kawasan bandar dan mereka boleh disambungk­an kepada jalur lebar UNIFI.

Masalah timbul di kawasan luar bandar di mana sebahagian kini sedang ditembusi dengan perkhidmat­an satelit yang perlahan dan sangat mahal.

Purata kelajuan di kawasan luar bandar yang mempunyai akses kepada Internet adalah kira-kira 2 hingga 4 MBps (2-4 MBps).

Mereka bergantung kepada isyarat menerusi saluran tanpa wayar yang memerlukan ‘Line-ofSight’ antara dua menara dan di pedalaman Sarawak, banyak lagi menara diperlukan.

“Inilah sebabnya mengapa saya kata 1,200 menara sedia ada di seluruh Sarawak tidak mencukupi dan hanya meliputi pusat bandar, malah pusat bandar juga terdapat banyak titik buta.

“Sebab itu saya kata kita memerlukan sekurangku­rangnya 5,000 menara di Sarawak, tambahan 3,800 menara jika kita mahu mencapai citacita kita untuk menjadi Sarawak Digital,” ujar Abang Johari.

Sarawak memulakan langkah pertama dalam merealisas­ikan ekonomi digital dengan menganjurk­an Persidanga­n Ekonomi Digital dan Infrastruk­tur ICT Antarabang­sa Sarawak (IDECS) pada 3 dan 4 April 2017.

Persidanga­n di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) ini disertai kira-kira 1,500 delegasi dari dalam dan luar negara dengan 18 penceramah ternama diundang termasuk Don Tapscott, yang tersenarai sebagai penceramah berpengaru­h oleh kumpulan Thinkers50 pada 2015.

 ??  ?? LANGKAH pertama Sarawak dalam usaha merealisas­ikan impian Ketua Menteri ke arah pembanguna­n ekonomi digital.
LANGKAH pertama Sarawak dalam usaha merealisas­ikan impian Ketua Menteri ke arah pembanguna­n ekonomi digital.
 ??  ?? ABANG Johari (tiga kiri) melakukan simbolik pelancaran IDECS 2017 di BCCK April lalu.
ABANG Johari (tiga kiri) melakukan simbolik pelancaran IDECS 2017 di BCCK April lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia