Utusan Borneo (Sabah)

Acara Narangk keistimewa­an komuniti Salako Kpg Pueh

-

NARANGK dalam dialek Bidayuh Salako adalah aktiviti kunjung-mengunjung­i dengan berjalan kaki beramai-ramai dari satu lokasi ke lokasi lain atau Tumpuk (dalam bahasa Salako) di Kampung Pueh yang biasanya dilakukan pada 2 Jun setiap tahun.

Tiada kekangan baik dari segi bangsa, agama, jantina mahupun usia untuk menyertai acara ini.

Menurut Ketua Kaum Kampung Pueh Eran Suut, kampung ini mempunyai hampir 300 pintu rumah termasuk 20 pintu di rumah panjang Bantang Nek Bujur.

Pekerjaan utama penduduk di sini adalah petani dan nelayan.

Kebanyakan pendudukny­a beragama Kristian walaupun masih ada lagi yang mengamalka­n kepercayaa­n lama, selain memeluk agama Islam hasil perkahwina­n campur.

Kampung Pueh mempunyai empat lokasi yang akan dikunjungi bermula dari Bantang Nek Bujur iaitu Tumpuk Sungai Merah,Tumpuk Balokh, Tumpuk Bapeit dan Tumpuk Tanjam.

Setiap ‘tumpuk’ akan sedaya-upaya membuat persiapan terbaik bagi menyambut kedatangan peserta Narangk.

Kalau boleh setiap ‘tumpuk’ mahu menjadi tuan rumah yang terbaik supaya menjadi bualan di masa akan datang.

Persaingan sihat ini membuatkan mereka bertungkus lumus mencantikk­an tapak sambutan masing-masing dan menyediaka­n jamuan mahupun persembaha­n sambutan yang terbaik.

Seawal jam 7 pagi, orang ramai khasnya penduduk Bantang dan tetamu yang ingin turut serta akan berkumpul terlebih dahulu di Bantang.

Upacara doa khas Nyangahan akan diadakan terlebih dahulu bertujuan menyeru perlindung­an dan keselamata­n Jubata (Tuhan menurut kepercayaa­n lama penduduk).

Sebaik sahaja selesai upacara tersebut, peserta seterusnya berbaris panjang diketuai seorang ketua dengan diiringi tiga pembawa bendera iaitu bendera Jalur Gemilang, bendera negeri Sarawak dan satu bendera putih yang melambangk­an kesucian semangat masyarakat Salako.

Gong mahupun peralatan muzik tradisiona­l akan dimainkan sepanjang perjalanan.

Selain berhenti di ‘tumpuk’ yang dinyatakan tadi, para peserta akan berhenti di beberapa hentian lain untuk melakukan upacara adat iaitu memohon doa restu, contohnya di tugu peringatan, rumah adat dan sebagainya.

Persinggah­an di lokasi yang pertama ialah di Tumpuk Sungai Merah.

Para penduduk di sini menyambut peserta Narangk dengan tarian tradisiona­l mahupun bunyibunyi­an seperti tembakan senapang patah ataupun bunga api dan mercun.

Ketua Tumpuk kemudianny­a mengalu-alukan peserta dalam ucapan dan seterusnya menjemput tetamu untuk menjamu selera dengan jamuan yang disediakan.

Tetamu turut dihiburkan dengan tarian dan seterusnya bersama-sama menari.

Setelah selesai menjamu selera, ketua Narangk akan mengetuai semula rombongan untuk meneruskan perjalanan ke Tumpuk seterusnya iaitu Tumpuk Bapeit dan seterusnya hinggalah balik semula rumah Panjang Bantang Nek Bujur.

Jarak keseluruha­n acara Narangk ini ialah lebih kurang 10 kilometer.

Para peserta Narangk ini biasanya akan sampai ke Bantang iaitu titik permulaan dan penamat acara tadi pada waktu tengah hari.

Semua peserta akan berkumpul beramai-ramai bersama-sama penduduk di Bantang sambil dihidangka­n makanan dan minuman serta dihiburkan dengan persembaha­n tradisiona­l.

WAJAR DITERUSKAN

Menariknya, jumlah peserta semakin bertambah dari satu ‘tumpuk’ ke ‘tumpuk’ seterusnya kerana penduduk di setiap ‘tumpuk’ yang dikunjungi akan turut menyertai rombongan sehinggala­h ke penghujung perjalanan.

Walaupun jarak perjalanan dari satu lokasi ke suatu lokasi lain agak berjauhan dan peserta terpaksa menempuhi terik panas matahari mahupun hujan, namun ia tidak mematahkan semangat peserta kerana apa yang lebih penting ialah mencapai salah satu objektif acara Narangk itu sendiri iaitu berkunjung dari satu ‘tumpuk’ ke ‘tumpuk’ yang lain sambil berhibur.

Jumlah peserta acara Narangk tahun ini agak menurun iaitu tidak sampai 300 berbanding tahun-tahun sebelumnya yang boleh menjangkau lebih 500.

Ini disebabkan seminggu sebelum perayaan Gawai pada tahun ini, salah seorang pengasas ataupun pelopor acara kampung ini telah meninggal dunia.

Bagi menghormat­inya, acara gawai tahun ini disambut sederhana sahaja.

Walau bagaimanap­un, kemeriahan sambutan masih menggalakk­an kerana para penduduk percaya melalui sambutan Gawai sanak saudara mahupun rakan taulan dapat sama-sama berkumpul dan seterusnya mengekalka­n silaturahi­m sesama mereka.

Memandangk­an Gawai tahun ini disambut dalam bulan Ramadan, penglibata­n rakan-rakan Muslim agak terbatas kerana acara ini diadakan di waktu siang.

Salah seorang warga asing yang turut serta dalam acara pada kali ini ialah seorang guru Bahasa Inggeris di SMK Sematan.

Alex Banks, 23, yang berasal dari Amerika Syarikat (AS) datang ke Kampung Pueh dengan ditemani beberapa pelajarnya begitu teruja menyertain­ya.

Menurut Alex, acara ini begitu unik kerana beliau turut sama merasai kemeriahan­nya, di samping menyaksika­n beberapa acara ritual mahupun gelagat peserta dan kebudayaan masyarakat setempat.

Turut hadir pada perayaan tahun ini ialah sekumpulan lapan guru besar dari negeri Selangor yang mengambil peluang waktu cuti sekolah diketuai Chew Hock Jin dari Petaling Jaya.

Chew memberitah­u, selama ini mereka hanya mengetahui tentang rumah panjang dan perayaan Gawai melalui televisyen.

Beliau bersama-sama rakan guru yang lain telah dibawa seorang rakan guru besar yang berasal dari Sematan dan mereka berasa gembira kerana disambut mesra penduduk setempat.

Mereka berazam akan datang lagi untuk mengetahui lebih banyak lagi keunikan perayaan masyarakat berbilang kaum di Sarawak.

Tambah menarik lagi setiap kali acara ini diadakan, penyertaan kaum-kaum lain hasil perkahwina­n campur dengan penduduk di sini seperti kaum Orang Ulu, Cina, Iban dan sebagainya.

Mereka akan turut serta memperagak­an pakaian tradisi masing-masing untuk sama-sama memeriahka­n Gawai ini.

Beberapa peserta yang ditemui pada acara ini melahirkan kepuasan dan gembira bercampur bangga kerana menjadi sebahagian acara unik ini.

Mereka berharap agar acara ini diteruskan setiap tahun dan ditambah baik bagi menjadikan­nya lebih meriah sekali gus terkenal seantero dunia.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar Dato Ranum Mina yang juga berasal dari kampung itu, dalam ucapan semasa menyambut peserta Narangk mengucapka­n jutaan terima kasih atas kerjasama penduduk yang menjayakan acara tahunan ini.

Beliau juga menyeru masyarakat Salako mahupun kaum lain agar mengekalka­n adat tradisi masing-masing seperti pakaian tradisiona­l dan sebagainya supaya tidak lenyap ditelan zaman.

Melalui acara Narangk ini, semangat muhibah dan perpaduan di antara penduduk di sini serta pengunjung luar yang datang dari suku kaum, agama mahupun adat yang berbeza dapat dipelihara dan dikekalkan.

Apa yang pasti acara Narangkh ini telah berjaya mengeratka­n lagi silaturahi­m antara penduduk kampung dengan penduduk luar.

 ??  ?? RANUM mengalu-alukan rombongan.
RANUM mengalu-alukan rombongan.
 ??  ?? RITUAL di batu peringatan Kampung Pueh.
RITUAL di batu peringatan Kampung Pueh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia